SELAMAT DATANG KE BLOG SABASURIA

Showing posts with label PENAKU. Show all posts
Showing posts with label PENAKU. Show all posts

Saturday, December 9, 2017

PENAKU

Image result for bismillah in arabic

IKHTIKAF TERAKHIR


Firman Allah Surah As-sajadah (Ayat 11 )


قُلْ يَتَوَفَّىٰكُم مَّلَكُ ٱلْمَوْتِ ٱلَّذِى وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Bermaksud :

“ Katakanlah ,Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu, kemudiannya kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan”

Seruan ini mengambarkan dan menjelaskan setiap saat bermulanya proses detik menuju kematian dan berakhir dengan pengadilan Ilahi di Mahsyar.Setiap saat mendekati kubur.Tiap jiwa akan merasakan mati.

Firman Allah Surah Ali Imran (Ayat 185)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ 

النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Bermaksud:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu .Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung.Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Itulah janji Allah, tetap benar, .Dengan nama makluk pasti bertemu ajalnya.Sebelum sampai masanya perbanyakkanlah ibadat dan amal kebajikan sebagai persediaan diri

Itulah kebenarannya.Dunia tidak lebih daripada senda gurau.,dunia tiada nilainya.Esok belum tentu milik kita. Berada di waktu pagi jangan tunggu waktu petang...begitu perjalanan hidup setiap insan . Insan sepatutnya berwaspada meniti ke jalan lurus diredhai Allah.



1


Firman Allah Surah Al Hadiid (Ayat 20)

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Bermaksud

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani:kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras bagi pendusta dan ampunan dari Allah serta keridhaan- Nya.Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Omar  “ beliau memperingatkan kita cara menjalani kehidupan di dunia.. Kehidupan sebenarnya diakhirat. Manusia cerdik akan bekerja dan beramal untuk masa hadapan yang kekal  iaitu akhirat selepas mati.” Jadilah insan akhirat yang singgah sebentar di dunia.

Nabi s.a.w berpesan “ Jadikan dirimu sebagai pengembara .”
Hakikat pengembara bermula di alam ruh , di alam rahim, dunia ,barzah dan akhirat yang abadi.


2



Di alam ruh lagi , manusia telah berikrar,bersumpah dan berjanji mentaati Allah.Kelahiran di dunia akan diharapkan mempamerkan kemuliaan diri secara istiqkamah sehingga mencapai kebahagiaan yang diredhai.

Sayang, manusia berpenyakit panjang angan-angan.Leka tidak mahu beramal, tidak juga pohon keampunan , gemar mengikut bisikan syiatan dalam kehidupan dunia. Di saat yang dijanjikan akhirnya dijemput Yang Maha Kuasa.

Firman Allah;An Naba (Ayat 39 )

           ذَلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ مَآباً

bermaksud  :

Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa yang mengkehendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.

Dari hadith diriwayatkan daripada Abu Hurairah
           
Dunia akan menjadi saksi atas apa yang dilakukan oleh insan di atasnya.

Dengan rahmatNya kita pohon berlindung . Manusia sebagai pengejar dunia tidak akan rasa kepuasannya. Ulitan dunia mengkabur dan membutakan nikmat dan rahmat Allah iaitu janjikan akhirat lebih baik daripada dunia,ramai mengikut seruan syaitan.

Manusia yang bijaksana ,akan berpandukan kepada ajaran Allah sebagai Nur Islam.Panjang umur dan baik amalan.Orang cerdik, orang yang muhasabah diri.Cerdik ada neracanya tersendiri agar beriman .Lebih cerdik orang beriman lebih baik akhlaknya.Muhasabahkanlah diri setiap hari, kerana pelantar kematian menanti dan dikubur kiblat penentu keadilan Ilahi.

Kubur alam tahanan manusia, suasana gelap yang tidak dapat dibayangkan menyambut insan terpisah rohnya.Kini insan sendirian ,tanpa sahabat handai dan keluarga yang berangkat pulang.Alam barzah memisahkan manusia dengan dunia hinggalah ke masa pengadilan.

Dalam tahanan Allah, manusia berserah semata-mata tiada lagi bantahan.Kesedaran,keinsafan diri membenamkan  penyudah kehidupan.segala ibarat fatamorgana ,hilang tiada berteman. Apa yang pasti ke mahkamah Allah haluan sebenar. Berat tanggungan tanpa kemampuan  bersemadi di alam barzah dengan persoalan dari Mungkar dan Nakir.

Bermulanya seksaan dan pembalasan kubur sebagai satu pengembaraan hakiki .Itulah suasana ‘Kiamat Kecil.’Perjalanan di alam kubur  perhentian pertama akhirat. Suasana ini mengambarkan tanda-tanda awal akan berlakunya kemusnahan yang dijanjikan Allah atau sebaliknya.

Pertanda awal di Padang Masyar telah diberi pertunjuk dalam tahanan kubur Allah lagi . Maha suci Allah yang Maha mengetahui.

Berada dalam tahanan Allah telah ditayangkan ke mana dan bagaimana penghujungnya manusia?

Akan dipamerkan oleh Maha Pencipta,digambarkan lubang-lubang neraka pada yang malang. Lubang-lubang taman-taman syurga menanti bagi mereka yang  bahagia.

3



Seluruh alam semesta ,makhluk ciptanNya dimusnahkan ,tumbuh-tumbuhan tanpa hujan layu, besi berkarat,remaja akan tua, dunia pasti musnah malahan ajal menanti hanya Allah yang kekal.
                                 
Firman Allah : ( Ar Rum ayat 19 )

يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ 

وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
Bermaksud :

Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya . dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur)

Tiba-tiba suasana yang dijanjikan Allah dihadapi oleh semua makluk di dunia. Suasana kiamat menamatkan sistem bumi seperti dikehendakiNya.

Firman Allah ; ( Al Araf Ayat 187) 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا

 إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ 


عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ



bermaksud

“ Mereka menanyakan kepadaku tentang kiamat , “Bilakah terjadinya?”Katakanlah, sesungguhnya pengetahuan kiamat itu adalah pada sisi,Tuhanku tidak seorang pun dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain DIA. 

Kiamat itu amat berat (huru hara) bagi mahkluk yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang padamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah ,

 “ Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah , tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .”



4


Firman Allah : ( Al Infithaar ayat 1 – 5 )


                                         إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ

                       وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ

                                           وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ

                                             وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ

                   عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ

Bermaksud
 Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan,dan apabila lautan dijadikan meluap dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya.
Kini dunia menuju penghujungnya ,hambar dengan kemusnahan yang pasti berlaku.

Firman Allah  Al Rahman  (Ayat 26 – 27)

                  كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

           وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Bermaksud 
      .
Semua yang ada di bumi itu akan binasa.Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.Inilah kebenarannya.

Kemudian manusia dibangkitkan dari kubur. Tiupan sang sangkala berlaku........

Digambarkan rupa bentuk sangkakala seakan tanduk dan luasnya seluas langit dan bumi.Ianya tanduk dari nur.Sedangkan bunyinya mengerunkan ….

Subhanallah ciptanNya.

Pada tiupan kedua kebangkitan manusia bermula,

Kebangkitan bermula dari zaman Nabi Adam a.s hinggalah zaman terakhirnya .Segala makhluk pasrah dibangunkan, keluarnya seperti lebah-lebah berterbangan .
                                                                       
Firman Allah(Yassin ayat 51)

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ

Berrmaksud

“Dan ditiupkanlah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.

Roh-roh kini bertemu kembali dengan jasadnya. 


5


Dijelaskan oleh Allah dalam surah At Takwir (Ayat 1 -7)


إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1)



 وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3)


وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5)



 وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ (6)


وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (7)
  

 Bermaksud

“Apabila matahari digulung,dan apabila bintang-bintang berjatuhan,dan apabila gunung-gunung dihancurkan,dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)

Dan apabila binatang- binatang liar dikumpulkan dan apabila lautan dipanaskan dan apabila ruh-ruh dipertemukan
 ( dengan tubuh)

Lihatlah Maha Agung Allah menjadikan dan merencanakan ….……Apakah kita tidak berfikir ? Manusia merungut menghadapi keadaannya seperti Firman Allah :

Surah Yassin (Ayat 52)

قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ 

 Mereka berkata ;” Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?”
Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-RasulNya

Suasana kiamat, manusia dihalau dan dikumpulkan di bumi yang luas pastinya Padang Mahsyar.


6


Diriwayatkan dari Sahih Muslim :

Dari Sahal bin Saad R.A katanya Rasulullah SAW  bersabda, 

“Kelak di Hari Kiamat umat manusia dikumpulkan di suatu lapangan tanah yang putih mengkilat bagaikan seloka tanpa tanda- tanda pertunjuk .

Firman  Allah : (Al Khafi ayat 47 & 48)


وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الأرْضَ بَارِزَةً وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا (47) 


وَعُرِضُوا عَلَى رَبِّكَ صَفًّا لَقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّنْ نَجْعَلَ لَكُمْ 


مَوْعِدًا (48) 

Bermaksud : 


 Dan (Ingatlah) akan hari (yang ketika itu) kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi  itu datar dan kami kumpulkan seluruh manusia,dan tidak kami  tinggalkan seorang pun dari mereka.                                                               

Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya  kamu datang kepada kami, sebagaimana kami menciptakan kamu pada kali yang pertama ; bahkan kamu mengatakan bahawa kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu * (yang dimaksud dengan waktu di sini ialah hari berbangkit yang telah dijanjikan Allah untuk menerima balasan)( memenuhi) perjanjian.

Kelak hari kiamat ,matahari akan berada menghampiri kepala. Kepanasan matahari diluar sangkaan.Matahari tidak beredar lagi, pancarannya tidak tertanggung 

Diriwayatkan dari Sahih Muslim :

Miqdad bin Aswad R.A katanya dia mendengar Rasullullah . SAW bersabda :

” Pada hari Kiamat kelak , matahari didekatkan kepada manusia, sehingga jaraknya pada mereka hanya kira-kira satu mil.Ketika itu manusia berada dalam genangan keringat, terbenam sesuai dengan amal mereka .Di antara mereka ada yang terbenam sampai mata kaki ,ada yang sampai lutut, ada yang sampai pinggang,dan ada pula yang megap-megap,terbenam sampai ke mulutnya,sambil Rasulullah SAW menunjuk ke mulutnya.”

Itulah kebenaran Allah.Lautan manusia tenggelam bermandikan peluh.Manusia berkaki ayam, bertelanjang tidak berpakaian dan tidak berkhatan .sibuk dengan hal masing-masing…. Nafsi…nafsi.


7



Dari Sahih Muslim : ‘Aisyah RA katannya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda , “ Kelak hari Kiamat  manusia akan dikumpulkan tanpa alas kaki (sepatu atau sandal) tanpa busana dan tanpa dikhitan.”

Maka bertanya ‘Aisyah RA   “ Ya! Rasulullah ! Apakah wanita dan pria bercampur baur sehingga  satu sama lain saling ,memandang ?”

Sabda beliau ,

 “ Keadaan ketika itu sangat sulit, sehingga  mereka tidak menghiraukan lagi satu sama lain.”

Dari firman Allah   Surah Al Ambiya ( Ayat  21 )


 أَمِ ٱتَّخَذُوٓا۟ ءَالِهَةً مِّنَ ٱلْأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ                                 
Bermaksud

 “ Seperti kami ciptakan di awal ciptaan, begitulah kami kembalikan dia, itulah janji kami yang pasti kami tepati.”


Segala  tindak tanduk umat ketika itu mengikut keimanan masing-masing.Tiada perlindungan kecuali keimanan dan ketaatan.

Kebangkitan manusia saat getir , berasaskan kebijaksanaan manusia tersendiri. Bercahaya gemilang raut wajah insan beriman menyambut gamitan kurniaan Allah kelak. Sebaliknya kegelapan wajahnya merundung kecelakaan dan malang menanti di penghujung detik  pengadilan.  Hanya pengampunan yang diharapkan

.Allah Huakbar..............

Nabi Allah Ibrahim manusia pertama dikurniakan pakaian di Padang Masyar.tidak terbayang betapa manusia kelam kabut  ,bersesak-sesak, berhimpit-himpit di Mahsyar,  tiada ruang lapang, dalam situasi yang meresahkan Ada berdiri dan berjalan dengan kaki , ada dengan  kepala  malah dengan perut.

Allah Huakbar, Subhanallah

Mahsyar satu perhimpunan menanti perbicaraan di mahkamh Allah (MIZAN) Manusia berada beribu juta tahun  menghadapinya.

Perbicaraan Allah Maha Adil. Isu-isu yang pasti dibicarakan berhubungkait.kes-kes utama/ asas seperti hukum-hukum Allah , kezaliman sesama manusia hak-hak dengan Allah. Dosa syirik manusia ( tidak diampun Allah) Dosa manusia bersama manusia (mengumpat takbur, riak dan lain-lain.)


8

Semuanya dicatat.

Firman Allah : (Surah Al-Khafi Ayat 49 

 وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا 


يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا 


(49) .

“ Dan diletakkanlah kitab ,lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya,dan meraka berkata ‘ aduhai celaka kami ,kitab apakah ini tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatatkan  semuanya ;dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis) Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.”

Pelbagai isu dibentang Allah,atas kerja buat manusia di dunia.Seluruh anggota badan menjadi saksi utama kecuali mulut tiada kata-kata kekesalan.Sebagai insan mulia hendaklah berbaik sangka antara satu sama lain .

Firman Allah : (al Hujurat ayat 10 )

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“  Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. 
…………
Allah mengingatkan jauhilah dari perkara yang merugikan diri sendiri.dingatkan janganlah mengumpat ,jagalah hati dan perasaan orang lain. Mengumpat akan menguris hati dan perasaan sesama insan.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ 

بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ 


تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Bermaksud


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri………

Persoalan ini pun tidak dapat dilepasi oleh manusia.Pasti di Mahsyar kita diperhitungkan. 

Aauzubillah…….Allah Huakhbar. 

Di mana dan bagaimanalah kita ?

Bersamalah mengabdikan diri padaNya .Orang yang paling bijaksana yang beramal untuk hari akhirat .Peganglah pada ikrar manusia padaNya  sejak azali. Sentiasalah bertakwa  dan adil

9


tanpa menzalim diri sendiri. Allah kekasih hati manusia yang maha pengampun dan penyayang.

Dari Abu Hurairah RA katanya Nabi SAW bersabda :

“Takkala menciptakan makhluk,Allah Ta’ala telah menulis dalam buku yang tersimpan di Arasy, Sesungguhnya rahmat(kasih sayang)Ku mendahului murka Ku.’’

Oleh itu bertaubatlah……….Mahkamah Allah adalah benar,syurga ,neraka adalah benar.Janji  dan FirmanNya adalah benar ,Nabi-nabi adalah benar ,Nabi Muhammad SAW adalah  benar dan hari kiamat itu benar .

Awal dan akhirnya hanyalah kewujudan Allah. 

PadaNya kita datang kepadaNya jua tempat kita kembali.

  
Firman Allah: ( Surah Yunus ayat 56)

 الْمُوَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ ۚ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَنْ

نَشَاءُ ۖ وَلَا نُضِيعُ أَجْرَحْسِنِينَ

Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan.






 HAKCIPTA NUKILAN
CIK HJH. SABARIAH HJ. SAMSUDIN
TERATAK SRI TANJONG

 10







































Saturday, December 2, 2017

NUKILAN PENAKU



TRAVELOG
KEMBARA KE CAMERON HIGHLAND
               
(HAKCIPTA NUKILAN)
 CIK HJH. SABARIAH HJ.SAMSUDIN

ISI KANDUNGAN
Sekapur Sireh Seulas Pinang
1.     Pohon Restu                                        
2.     Kasih Konvoi                                      
3.     Anugerah Ilahi                                    
4.     Terima Kasih Teruja                           
5.     Ukhwah                                              
6.     Ronda-Ronda                                    
7.     Gua Musang                                  
8.     Abang Chak                                       
9.     Shooping                                            
10.   Fesyen                                                
11.   Karaoke                                             
12.   Selamat Tinggal                                
13.   Kulim - Alor Setar                             


SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Bismillahirohmanirrohim
Ya! Allah pimpinkanlah aku mencapai keikhlasan yang diredhaiMu.  Usahaku ini,hanyalah sekadar hobi suka-suka di dunia persaraanku. Moga-moga Engkau terima hasilku ini buat kenangan.
Alhamdullillah, dengan izinMu dapat juga kuselesaikan catatan memoriku ini.
Harapanku. Catatan ini menjadi momentum ukhwah dan muhasabah bagi diriku dan keluarga.
Terhasilnya penulisan Kembara Cameron (KC) dengan hati tulus ikhlas berdasarkan kasih sayang terhadap seluruh ahli keluargaku.
 Sesungguhnya, sebagai hamba Allah, paling indah bila mana menerima anugerah Allah SWT mengeratkan tali siratulrahim.
KC mengisahkan kisah keluarga, kisah perjalanan bercuti ke Cameron Highland.  Mencari erti kasih sayang, siratulrahim , ukhwah warisan ayah ibu tercinta.
Kupohon maaf kiranya, terdapat bicara catatan yang tidak disenangi.
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah,dan segala kelemahan itu dari diriku sendiri.

WASALLAM.





TRAVELOG
KEMBARA KE CAMERON HIGHLAND
(14 Mac hingga 16 Mac 2012)

POHON RESTU
Bertolak dijangkakan 7.00 pagi.Tan dah bangun 4.45 pagi.Aku masih di  katil.dipanggil-panggilnya untuk bangun. Biasa leh...... Aku bangun seperti rutin harian. Aku berwudhu dan terus menunai solat taubat,hajat & tahajut. Ku pohon hanya pada Allah . Allah tempat aku bergantung seumurku. Ku panjatkan doa memohon ampun atas segala kesalahan dosaku yang nyata ,tidak nyata, dulu , sekarang dan akan datang.
“ Ya! Allah,Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku,dan akulah hambaMu.  Dan aku pun dalam ketentuan serta janjiMu sedapat mungkin aku lakukan.Aku mohon berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmatMu yang Engkau limpahkan kepadaku, aku mengakui dosaku kerana itu berilah ampunan kepadaku sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan kecuali hanya Engkau sendiri. Aku memohon perlindungan dari segala kejahatan apa yang kulakukan.”
Ya. Allah perkenankan doakan.  Aku juga memohon keredhaanNya kerana kami sekeluarga akan ke Cameron Highland untuk menghubungkan siratulrahim famili. Moga apa yang dirancangkan mendapat keredhaanMu dan rahmatMu jua.
 Jam bergerak pantas ,menanti famili adikku tiba .Aku dan abangku menumpang kereta mereka. Terima kasih Ya! Allah , atas nikmat yang kau berikan pada kami.Mereka belum tiba hingga aku tertidur di satee .Tika mana matahari mengalah abangku mengingatkan untuk bersolat dhuha.Aku terus menunaikan tugasku pada Maha Pencipta.                                            

MS : 1                                                         

“Ya ! Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu , kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya! Allah, jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar mudahkanlah , jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat  waktu dhuha, keagungan,keindahan , kekuatan dan kekuasaanMu , limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Selesai aje, kami tunggu lagi .... belum juga tiba. Biasa le....... begitulah sesiapa pun dalam kembara di mana-mana. Tak kisah pasti izin Allah tibalah semuanya.




Jam 9.20 pagi famili adikku tiba. Kami bertolak dari rumah jam 9.20 pagi. Tapi.................... terpaksa ke kedai kereta kerana tayar Avanza adikku terkena paku. Kami memeriksa kereta tersebut.Insyaallah segalanya dapat diselesaikan. Alhamdullillah  keretanya dapat dibaiki. Kembara kami diteruskan jam 9.30 pagi.Tiba di Simpang Kuala................ Tipah tertinggal handset, kembara berpatah balik ke rumahku.

MS :2                                                         
          *******************

KASIH KONVOI

Perjalanan Alhamdullillah ........................cuaca dizinkan Allah cantik dan nyaman. Syukur Ya! Allah mendengar pemohonan ku. Kembara berjalan lancar.................. dari Alor Setar
Familiku dari Kulim telah pun bertolak Adi , Aza dan Kak Chik meluncur Kelisa mereka, akan bertemu di Bukit Merah dan akan konvoi  meneruskan perjalanan ke Cameron.

Tiba di Bukit Merah ,Kak Chik dan familinya telah menanti .Kami berhenti sebentar, melonggar otot .Kemudian kembara disambungkan.Betapa indahnya alam semulajadi Allah
amat nyaman, cuaca diizinkannya. Lebuhraya berderu dengan kenderaan laju bergerak. Ku  mohon pada Ilahi lindungilah kami dan peliharalah kembara ini serta permudahkan segala                                urusan atas dasarMu Ya! Allah
                                                             
                               


MS :3

“Dengan nama Allah berjalan dan berhentinya kenderaan ini, sesungguhanya Tuhanku maha Pengampun lagi maha pengasih.”

Di Simpang Pulai kami akan bertemu pula dengan Abang Chak  dan famili kemudian terus kan perjalanan dengan penuh kesyukuran menikmati kebesaran penciptaan Allah.  Ku mohon agar kembara ini akan meningkatkan keimanan melihat kebesaranNya.
                 

Mendaki Cameron di ketuai oleh Abang Chak kerana dia pernah bertugas di situ lama. Kami lantik Abang Chak sebagai ‘tourist guide.’  Glamour you dia.........kami semuanya 13 orang. Apa yang menarik yang aku dapat rekodkan . Bekalan makanan untuk kembara amat jenuh untuk  perjalanan semua. Alhamdullilah rezeki Allah beri. Kini ..................... kembara dteruskan. Didoakan kami sampai destinasi hingga tempat penginapan.


MS :4                                            
 *********************


ANUGERAH ILAHI

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat penduduk orang Asli.  Ada yang berniaga di gerai-gerai . Jualan utamanya kebanyakkannya nisan lebah. Terasa udara tanah tinggi mulai
 sejuk.................Rasanya kedai aircon sudah pasti tak dak...............he!..he! he!. Sungguh menyegarkan . Ya! Allah ...............kekuasaanMu memberi nikmat ini.
                                                                                                                                                   
“ Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),tetapi ia berkehendakan membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu,supaya kamu bersyukur.”
                                                                               (Surah Al-Maidah:6)

Mengapalah manusia ingkar padaMu .Segalanya Engkau beri tanpa meminta hambaMu membayarnya kecuali patuh dan taat seruanMu dan tinggal laranganMu. Ya! Allah.kenapalah manusia hambaMu masih bodoh tidak mahu berfikir dan mengambil iktibar dari 
segala kurniaanMu ini.

Ini baru keadaan cuaca yang jauh berbeza di tempat kami .............banyak lagi nikmatMu. Ampunkanlah kami Ya! Allah ,bimbinglah kami agar dijalan yang lurus diredhaiMu Ya! Allah.



MS :5
                                                                  
“kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmatNya itu,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan 
( iman dan kesyukuran ) kamu
 ( untuk kesempurnaNya ) dan Ia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu.Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan 
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) ”
                                                                                      (Surah Az-Zummar :7)

Moga-moga kembara ini memberi keinsafan dan pengajaran padaku serta seluruh keluarga atas kekuasaan Allah swt.
“ Demi sesungguhnya ! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu , dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
                                     ( Surah Ibrahim :7)
                                                                                                                                          
Kami terus mendaki naik . Destinasi pertama berhenti di Brincang di pusat strawberi  dan kebun ‘Rich Flora’. Kami melawat kebun strawberi ,sayur-sayuran serta cenderamata yang

                           


MS :6

dijual. Hanya melihat  banyaknya barangan , harga boleh tahan le...aku tidak gemaq sangat, sebab dah biasa. Cuci mata ajelah kami............ada masa lagi. Kami nak pi ‘check in’ di rumah penginapan dulu.

Sepanjang jalan berbengkang bengkok tapi tidaklah seperti melalui jalan Tapah.  Rumah-rumah dibina atas bukit, lereng bukit diteres untuk kegiatan berkebun.

                

Aduh ............................ itulah tangan-tangan manusia mencederakan , menggugat ekosistem bumi.
“ Dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
    
                                                                     (Surah Al-Qasaa :77)


MS :7
*********************

TERIMA KASIH TERUJA

Kenderaan kami terus mendaki sampai di kawasan antara Brincang dan Tanah Rata  .kami menuju ke lokasi rumah penginapan TNB ........... Semuanya riang gembira melihat banglo besar atas bukit . Indah tersergam . Kanak-kanak tak sabar ..................maklumlah lama di dalam kereta.  Masing-masing turun bawa beg . Adikku Tipah adalah staf  TNB cuba mencari ‘care taker’ di rumah tersebut.  Dia mengelilingi rumah tapi tiada .Tiba-tiba ........... ternampak notis telepon. Dia menghubungi Pn Rani, Rupa-rupanya ............................bukan,.......bunglo itu ..... salah.....................lokasi. Furst anak-anak kecil. Kembali mengangkut beg naik kereta. Bagi mententeram suasana hanya kata-kata sabar.....................sabar
.                                   In sya allah  sampai                                                                                                                                       

Kami ke  lokasi yang aras tinggi sedikit melalui kawasan padang golf.Abang Chak rasa seronok nampak padang golf tapi sayang .................................dia tak bawa ‘golf bag’ ....tidak boleh main. Sekali lagi kami berhenti menanyakan lokasi.Pn. Rani memberi panduan , lalu terus kami ke destinasi bunglo baru.


MS :8
              

               

Wah!............ wau! ................. naik bukit tersergam banglo indah rapi.Ya! Allah betapa syukurnya kami .Alangkah bahagianya jika ini banglo kami sendiri. Aduh.............. aku dah mula  terpesung niat.. ...........Astaffirrulallah  ................ampunkan aku. Apa yang aku ada sudah tentu nikmat dariMu jua. Ya! Allah syukurku padaMu. Walaupun begitu, menikmati seketika kebahagiaan di banglo ini juga nikmat yang Kau beri pada kami.
 Ya! Allah.......................menumpang sementara atas jasa baik adikku Tipah...............terima kasih. Jazakallah menumpang nikmat Allah.

                                                                                                                   

“ Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.’’
                       ( Riwayat Al-Tabrani)


MS :9

Banglonya besar lengkap perabut hingga alatan dapur .3 bilik tidur lengkap bilik mandi, disediakan ‘bath tab’ lagi , ruang tamu luas dan juga ruang makan  serta ruang dapur. Alhamdullillah amat selesa sekali . Syukur Ya! Allah.

                     

Di luar kawasan lengkap alat permainan kanak-kanak seperti buaian, papan jongkit dan lain lagi. Nyaman bersantai menghirup udara sejuk Cameron .
                             




MS :10

********************

UKHWAH

Ahli keluargaku ceria dan riang . Masing-masing memunggah semua barangan dibawa. Aku
dapat melihat sikap , nilai murni setiap individu ketika itu secara tidak lansung. Sibuk setiap
orang tolong menolong mengemas barang naik ke rumah. Semoga sikap seperti ini berkekalan hingga akhir hayat kami semua.Insyaallah.

Fifah .Syirin dan Aliah sibuk booking bilik masing-masing.Naluri anak-anak  begitulah .

Kami tak kisah .........................biarkan.  Aku bersama Aza, Kak Chik, Kak Chak dan Tipah sibuk di dapur. Mengeluarkan bekalan yang dibawa untuk dimakan . Perut masing-masing ................ dah menyanyikan pelbagai rentak lagu . Hidangan disediakan ala kadar tidaklah                                                                                                                                               
protokol. Semuanya menjamu selera. Rezeki Allah ........................... walaupun ringkas sedap
rasanya. Lebih-lebih lagi berebut-rebut sekeluarga........................Selesai makan tengah hari. Kami solat . Satu perkara yang aku notis solat jamak (takdim atau Taqkir ) digemari oleh kanak-kanak  .Kemudian .................. masing-masing berehat.

                         


MS :11

Udara sejuk...... ................selapis baju tidak mencukupi .
Syirin . Fifah dan Aliah tak sabar nak main di padang.aku temankan mereka bermain.

                        





MS :12
**********************


RONDA-RONDA

Kemudian ,Abang Chak , ajak keluar jalan-jalan. Aku malas mengikut. Jadi Kak Chik, Aza, Adi , Kak Chak dan Irfan ikut keluar. Entah ..............ke mana nak dibawa pergi Waallahualam.Kami yang lain di rumah . Sejuk..........................malas bergerak.

Din suami Tipah, ajak keluar ke pasar malam. Lagi pun dia nak mengisi petrol. Tipah telepon Abang Chak maklumkan kami sekeluarga keluar kerana kunci rumah bersama kami. Rupa ...................... rupanya mereka semua ‘on the way to Gua Musang.’  Bukan apa ............., Abang Chak kami tu! too excited! nak tunjuk projek dia kerja hingga siap jalan Gua Musang tu . Banggalah hasil tenaga kerja.Itulah teknologi dan kepandaian manusia anugerah Allah. Menyumbangkan kemudahan untuk umat sejagat. Pahala sudah pasti dijanjikan                                                                                      
Allah. Ok! lah tinggalkan kisah mereka.

Sekarang, aku  bersama Tipah sekeluarga ,menuju ke bandar ke kawasan pasar malam. Amboi......... ramainya orang . Sepintas pandang , Cameron memberi sumber pendapatan dari segi sektor pelancongan. Itu juga rezeki kurniaan Allah . Bertuah sungguh bumi Malaysia ini. Sesak jalan .................. parking pun tak dak. Kami hanya lalu saja terus mengisi petrol.


MS :13

Kemudian ronda-ronda tengok tempat.

Hari pertama 14 Mac 2012 , kami menafaat sebaik mungkin , moga dilandas yang diredhai Allah.Malam itu  , kami solat dan membaca yasin di bilik Aza. .

Keadaan semuanya keletihan....Ada yang dah belayar dibuai mimpi Cameron, tapi masih ada yang berbual-bual mengisi masa santai malam. Kami berpakat untuk ke Kelantan esoknya.
Jadi seperti biasa tugas wanita menyediakan segala bekalan untuk kembara ke Kelantan pula. Kami sediakan nasi, lauk-lauk yang masih ada serta makanan kering. Selesai aku bersama lain masuk bilik masing-masing untuk beradu.  Entah jam berapa .............masing melelapkan
 mata , aku tidak pasti. Nikmat hikmah Allah menidurkan kami tanpa sebarang gangguan . Syukur lagi Ya! Allah.

“ Dia menjadikan untukmu malam ( sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat ,dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.”
                    ( Surah Al- Furqaan ;47)

MS :14

*********************

GUA MUSANG

Hari Kedua 15 Mac 2012. Masa ditetapkan untuk bertolak awal ke Kelantan 7 Pagi. Sudah kebiasaan jam 4.45 pagi waktu bangun. Tapi dek kesejukan ....................jam 5.00 pagi baru terjaga. Cepat-cepat aku bangunkan , abangku Tan yang lain pun turut bangun. Masing-masing menunaikan solat-solat sunat sebelum subuh.

Tepat jam 8.20 pagi  kami telah siap untuk bertolak , semua kereta diperiksa rapi , bekalan dan barangan yang perlu dimasukkan ke dalam kereta. Kembara kali ini kami guna dua Avanza saja . Kelisa Adi  masuk ‘ponch’ cukup dua kereta saja. Sebelum meluncur keluar dari banglo indah itu , kami bergambar sekeluarga buat kenangan.
         

Konvoi ke Kelantan melalui Gua Musang, kami berhubung dengan walki talki. Keluar Cameron menuju ke jalan Gua Musang. Udara ................... Subhanaallah , nyama benar, tiupan angin sejuk , pokok pohon mengamit kesejukan mematuhi fitrah Allah SWT.


MS :15

Bunga-bungaan cantik berwarna warni yang tidak terfikir dengan akal manusia kekuasaan PenciptaNya. Suasana sekeliling sepanjang arah mendamaikan fikiran dan meransangkan keimanan seseorang sekiranya berfikir.
“ Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda –tanda (kebesaran Allah) bagi kamu yang memikirkan .”
                                ( Surah Ar-Ra’d ; 3)

Pekan Brincang pagi-pagi dah sibuk menerima tetamu ramai sekali.Aku hanya menghayati panorama di situ sambil kereta meluncur pergi.
                                                                                                                                                 
 Jalan ke Gua Musang ,Ok ...................elok.............................luas di sepanjang jalan diliputi hutan kadang-kadang bertemu rumah orang asli, Bengkang bengkok di setengah-setengah kawasan biasa di highway Gua Musang itu. Abang Chak akan membuat liputan secara langsung melalui walki talki  menerangkan keadaan ketinggian jalan tersebut.Ada tempat , kami akan berhenti dan keluar melihat keadaan jambatan disambung antara bukit dengan bukit, cara dipailing.Aduh .................. gayat rasanya, terlalu tinggi sayup........................sayup pokok-pokok di bawah sana. Hati ni diruntun sayu. Emosi berubah ,mengambarkan kerdilnya manusia dibanding dengan curahan perasaan dikurnia Allah. Terus lagi kembara ini , masa hampir tengah hari, terasa jauhnya perjalanan.
                           



MS :16


Kami sampai destinasi pertama di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke.18300, Gua Musang.Kami berhenti dan bergambar, malahan ada antara kami masuk berbual dengan jaga sekolah tersebut.Di hadapan sekolah terletak rumah orang asli dengan Pos Chekau.Rumah mereka kemas dibina, Cuma masalah yang utama dihadapi ialah air............... tiada. Murid sekolah terpaksa bawa air sendiri setiap hari. Masalah mungkin disebabkan kawasan pendalaman  di Kelantan.
                          
                                                                                                                                          
 Jauh ............................................memang jauh sangat.
200 km lagi baru akan sampai Kota Bharu. Aduh ..................sebab  kami terpaksa balik hari itu juga. Oleh itu semua membuat keputusan tidak terus ke Kota Bharu cukuplah setakat bandar Gua Musang. Akhirnya lebih kurang 12.45 tengah hari,  Avanza kami memasuki bandar Gua Musang. Kami ronda-ronda  hingga kaki bukit mungkin bukit Gua Musang. Cuma Musang aje tak nampak he!.....he!....Masa makan tengah hari dinanti-nanti oleh semua . Kami mencari kawasan istirehat , ingat ................ macam tempat kita le............... ., ada taman-taman bunga. Tapi tak ada. Jadi keputusan kami ke kawasan masjid Gua Musang. Rupanya di situ ada tempat rehat untuk musafir. Alhamdullillah.




MS :17


          

 Strategi Kelantan tepat sekali.Mungkin taman-taman akan membawa maksiat kepada penduduknya .Moga Kelantan dilindungi Allah.

Kami berehat sambil makan tengah hari bekalan yang dibawa. Sekali lagi semangat tolong menolang, kasih sayang diterjemahkan di sini antara kami. Ya! Allah bahagia rasanya. Sambil rehat................rehat Irfan cadang kami pi Gua Cha, dia tengok dalam GPF. Selesai makan  dan berkemas kami mulai bergerak mencari Gua Cha.  Pusing-pusing tak jumpa pun akhirnya menuju jalan balik. Kami buat keputusan pulang. Bandar gua Musang kecil aje.............. tidak lah terlalu sibuk, tapi ......................Alhamdullillah dapat sampai dengan selamat.
                                                                                                                                             
Kami patah balik menuju Cameron.................. Kota Bharu jauh lagi .Kalau terus juga kami terpaksa pulang lewat malam.  Jalan gua Musang tidak ada lampu jalan. Ini yang dikatakan Kita merancang ,Allah menentukan. Kami redha ketentuanMu Ya! Allah.


MS :18
**********************

ABANG CHAK

Dari situ terus kami pulang, sekali lagi melalui jalan yang sama kami pergi. ‘Tourist guide’ kami tidak lupa tugasnya memberi penerangan sepanjang kembara. Kadang-kadang kami berjenaka dengan pelbagai isu lawak bagi menceriakan pilot-pilot kami ,bukan apa ....... takut bosan......................malahan teka-teki juga tidak dilupai.

 Dalam perjalanan kami, terpandang tanda kun di tengah jalan Gua Musang...........Abang Chak memberhentikan Avanzanya..........terus keluar diikuti dengan team lelaki lain. Sampai di tempat yang tuju, dia mengambil gambar melalui pelbagai posisi. Kami yang tidak turun tertanya apa halnya .......?????????   Kemudian kami diperjelaskan bahawa jalan kawasan tersebut mendap teruk .............tak tahulah apa tindakan Abang Chak.............???????.
                 

Kembara meluncur kembali di atas jalan. Belum sampai Cameron, ‘tourist guide’ kami bawa ke kawasan air panas.  Kawasannya , hanya tepi jalan saja, disedianya ‘sign board.’ Tapi .................sayang kawasan itu tidak dijaga dengan baik. Kami bergambar beramai-ramai kenangan masa depan.  Air panas itu benar-benar panas hingga berasap. Abang Chak


MS :19

menceritakan mereka biasa bertemu gajah dan anak harimau di situ.Takut dengan cerita itu aku cepat-cepat ajak semua bergerak pulang. Malang tak berbau .........Beringat sebelum kena.                                                                                                                                                 

                               


MS :20
  *****************
SHOPPING

Kami pun meneruskan konvoi menuju Cameron . Sebelum tiba di Brincang kami berhenti menadah air mineral asli di tepi bukit. Airnya jernih sekali. Ramai orang  mengambil air tersebut. Lalu, kemudiannya kami bergerak ke kawasan shopping. Pelancong tempatan dan luar ramai membeli belah. Penuh kedai di sepanjang jalan dengan manusia..............bersesak-sesak. Kereta pun bertali arus dengan bergerak perlahan-pelahan. Kami juga mengambil peluang meneliti barang jualan. Tidak banyak yang kami beli. Cuma untuk kegunaan sendiri saja.sayur-sayuran, strawberi dan teh pelbagai perasa. Lainnya hanya cuci mata aje. Barangan tersebut dah biasa dibeli . Bagi aku tiadalah apa-apa istimewa sangat untuk dibeli. Seperti biasa aku akan membeli payung kerana itu hobiku. Koleksi payung. Berapa banyak payung di
rumah pun aku tak pasti ............... terlalu banyak.
             
           

 Kami juga berhenti minun di satu gerai di Brincang. Penat dan puas shopping, kami pun berangkat pulang ke banglo sementara kami yang tersergam megah itu. ‘Home sweet home,’ boleh rehat dan tidur sebentar.

MS :21

********************

                                                                                                                                                                     FESYEN               

Sebelah petangnya kami melakukan aktiviti mereka fesyen dari surat khabar. Menarik ... .........juga rupanya bila orang tua-tua ambil bahagian. Aku bertindak sebagai penganjur.aku menetapkan dua kumpul. Peserta yang sporting mengambil bahagian Kak Chik , Din dan Aliah kumpulan A.  Fifah, Aza dan Syirin kumpulan B.
                          

 Setiap kumpulan dibekalkan surat khabar dan stepler.Hanya bahan itu saja perlu diguna untuk buat pakaian pada seorang model.Masa diberi.....dan wistle akan ditiup menandakan tamat pertandingan. Itulah antara syarat permainan mereka fesyen.
Peserta masing-masing excited nak mula. Kami bermain di kawasan luar banglo. Cukup
menghiburkan dengan udaranya nyaman................. macam berada di luar negara . Sedang peserta sibuk dengan tugasan mereka ,kami yang lain cecah garam belacan, buah jambu...............


MS :22
                         
.                 



Cukup masa , permainan dihentikan. Hasil fesyen menarik juga ..............bagi kedua-dua kumpulan. Tak mau kalah punya ni.............. ?? ??????  Keputusannya , bergantung pada cara persembahan , assessori fesyen dan penerangan.
                                                                                                                                         
Kak Chik memberi penerangan bersungguh-sungguh dengan model Aliah .Kumpulan Aza, Fifah buat penerangan. Aku bertindak sebagai hakim mencatat markah mengikut kategorinya dibantu dengan Abang Chak.  Akhirnya ,............pemenangnya jatuh pada kumpulan Aza. Aliah frust tak menang ............  . Tapi tak pa malam ni kita bertanding karaoke pula. Don’t worry la...................................

                                                                                                                                                                             





MS :23
 ************************

KARAOKE

Malam menjelma tiba ...............lepas solat maghrib , Isya jamak.  Kami makan malam bersama-sama. Alhamdulillah mendapat rezekiNya.

Menyelera betul masing-masing.  Lapaq kot.......................????????

Kemudian , kami santai di ruang tamu yang luas. Pertandingan karaoke bermula........................Tiap kami mendendangkan lagu masing-masing. Macam-macam suara boleh  dengar. Berbakat juga ................rupanya. OK lah tak kisah janji semua terhibur. Paling
Kami fokus pada kanak-kanak. Melihat keberanian mencuba. Tak kalah juga. Bermati-matian berlawan dengan orang tua.  Aliah ,amat gemar karaoke. Dia bawa lagu “Bunyi Gitar” dengan gaya-gaya sekali. Akhirnya Aliah lah yang menang Karaoke Johan. Naib Johan Syirin.
Mereka menerima hadiah daripada Abang Chak. Peserta lain menerima cenderahati sahaja. Selesai sudah episod malam itu. Semua masuk tidur . Bertemu pagi esok,  hari terakhir untuk pulang.
                                                                                                                                                                            



MS :24
**********************

SELAMAT TINGGAL

Pagi 16 Mac 2012 . Awal-awal kami bangun , siap untuk senamrobik pula . Jaga kesihatan badan. Instrutornya Irfan mengikut rentak lagu. Hebat juga .........rupanya. Kemudian diganti dengan Fifah, yang lain ikut aje le.........................Penat senamrobik . Kami rehat-rehat.
                      
Kemudian hampir jam 12.00 tengah hari. Mulalah berkemas barang-barang masuk kereta untuk pulang. Semua kami menjalankan tugas bak kata perpatah “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. .....  Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah .....Seperti Aur dengan tebing ...... kuku dengan isi  ’’    Berapa banyak perpatah da....... !!!!!!!!!!!!

Tipah, melengkap borang – soal selidik kemudahan banglo tersebut. ‘Care taker’ TNB seorang India juga datang buat ‘check up ’ Segalanya OK .

Kini ........tiba ......masa untuk melangkah keluar dari banglo sementara pinjam itu. Syukur ! Ya ! Allah  memberikan kami nikmat merasai tinggal di sebuah banglo tersergam indah itu..


MS :  25                                                                                                                                                


Sebelum kenderaan bergerak turun bukit  Kami bergambar ramai-ramai untuk kenangan masa silam.
 SELAMAT TINGGAL ........INSYAALLAH ...............JUMPA LAGI DENGAN IZIN MU YA! ALLAH.
                               

Dalam perjalanan pulang kami merancang nak pergi kedai makan mee rebus. Abang Chak kata meenya sedap. Teruja juga kami untuk mencuba . Turun Cameron tak banyak kami berhenti. Kecuali Tipah dan Din berhenti membeli sayur-sayuran , ubi dan sedikit buah-buahan sebagai buah tangan pulang.
                      

Kembara pulang menuruni tanah tinggi . Subhanaallah sekali lagi kita akan terasa kerdil dengan kebesaran Allah.  Marilah kita bersyukur setiap kali memandang ciptaNya.
Sedar tak sedar kami dah hampir di kawasan rata.  Dalam perjalanan kami masih mencari... dan tertanya-tanya di mana Abang Chak nak berhenti makan mee rebus ni ........?????.............. entah di mana....belum jumpa .........jumpa.......sabar..................sabar...............................



MS :26
                                                                                                  

Agak-agak jam 11.00 lebih kami sampai satu kedai makan di tepi jalan turun Cameron. Abang Chak excited bawa masuk , duduk le..................... kami masing-masing.................... aim nak makan mee rebus. Bila nak order, tetapi tak dak......................... habis dah. Aduh! frustnya kami semua. Masing-masing kena makan nasi aje.....................aku tak makan Cuma minum nescafe. Tak pa ..................................itulah dikata rezeki Allah tentukan.

                       

Lepas makan Abang Chak belanja............................. thank you so much big brother. Kami berpisah dengan Kak Chak , Abang Chak dan 2 orang cucu saudara.  Mereka pulang menuju ke KL, Kami doakan kembara mereka berjalan lancar dipelihara Allah . Sedang kami terus ke Alor Setar dan Kulim.

MS :27
**************************

KULIM – ALOR SETAR

Perjalanan menuju utara Alhamdullilah, cuaca elok sekali.syukur Ya! Allah dengan izinMu memudahkan kembara kami. Kini tinggal dua buah kereta saja konvoi. Kami berhubung dengan walki talki.  Pada mulanya kami bercadang berhenti di Ipoh  kedai Pasu dan aku juga ada cita-cita nak beli border dinding di sana. Tapi ...................... Allah tak izinkan kami .................terlepas jalan keluar ke Ipoh. Terpaksalah terus balik. Namun kami perlu transit di Bukit Merah untuk berpisah dengan Kak Chik Rokiah.


Kami berhenti di situ menunaikan solat jamak, sambil makan makanan ringan dan berbual-bual , serta kemudiannya  bermaafan .
Masing-masing menuju ke destinasi asal.  Insyaallah ..................Alhamdullillah rasa bahagianya ‘gethering’ ini. Tapi sedih juga terpaksa berpisah. Aku amat bersyukur Ya! Allah kerana semua kami adik beradik dapat berkumpul. Alangkah lebih bahagia jika ayah dan ibuku bersama. Ya!.. Allah aku berdoakan agar hubungan siratulrahim ini berkekalan demi Allah dan juga memperingati semua anak-anak betapa kasih sayang ayah dan ibu yang telah pergi jauh. 
 Al Fatihah untuk ibu dan ayah kami.

SM : 28

Insyaallah................. mereka tentu bahagia di sana , dengan rapatnya siratulrahim anak-anak mereka. Aku benar berharap ....................malah sentiasa berdoa agar tiada putus tali kasih persaudaraan ini hingga akhir hayat kami.

“ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia kasih terhadap dirinya sendiri.’’
                             ( Riwayat Ahmad At-Tarmizi dan  An Nasa’i)

Ya! Allah terimalah harapan hambaMu yang kerdil ini. Amin.

Kembara pulang berjalan lancar. Seperti biasa....... Kami berbual-bual sepanjang perjalanan. Hati kecil ini tidak lupa berzikir memohan keselamatan perjalanan. Aku tak ingat ........ di mana lokasi sebenar............... tapi agak tak jauh lagi ke Alor Setar. Tiba................... sebuah kereta BMW putih bernombor dua angka , sayang.............. kami tak fokus ketika itu meluru ke sebelah kiri memotong kami dengan cara yang merbahaya sekali .

Kami amat terkejut............ mujur adik iparku memandu dengan cermat dan kelajuannya juga sederhana. Kami ...........................terpegun .                                                         
 Rupa-rupanya BMW itu berada                                                                                                                  di belakang sebuah Pajero di sebelah kanan. Avanza kami memasuki kiri memberi peluang Pajero tersebut memotong. Agaknya kerana dirasanya Pajero tersebut lambat BMW terus meluru ke kiri , sedangkan Avanza kami memandu masuk lorong kiri. Avanza kami terpaksa mengelak ..............................Alhamdullillah adik iparku tidak panik ketika itu.  Dengan elakkan kami, BMW itu ada ruang untuk meluncur pergi ,tapi .............aku amat yakin pemandu BMW itu pun panik ...............Tapi Allah berkuasa


MS :29

mengelakkan segala kejadian buruk ketika itu . Aku sujud syukur padamu Ya! Allah .
Ketika itu terdapat kereta lain di hadapan kami.............. Ruang BMW itu meluncur di kiri agak muat saja. . Kalau............................ tidak lepas  BMW itu memotong hanya Allah Maha mengetahui. Kejadian ini merupa kali ketiga sepanjang kembara kami alami di atas jalan. Subhanallah .................. kebesaranMu Ya! Allahhuakhbar.

“ Allah mentadbirkan makhlukNya  ( bagi melaksanakan tadbirNya itu.Ia menurutkan  segala sebab dan peraturan ) dari langit ke bumi ; kemudian diangkat naik; kepada pengetahuanNya ( segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.”
                                                       ( Surah As-Sajadah;5)

Kembara pulang diteruskan.........syukur jam 2.30 petang sampai di rumahku Taman Sri Tanjung ‘Home sweet home.’  Adikku Tipah dan keluarganya berhenti sebentar menunaikan hajat, menurunkan beg-beg kami. Ya! Alllah kami selamat pulang ke bumi rumah kami. Kini adikku perlu teruskan kembara ke destinasi rumahnya ........Taman Jalai Jaya Kepala Batas .
                                                                                                                                              
Terima kasih ..............adikku atas ingatan pelawaan mu untuk bersama kakak-kakak,  abang-abang serta anak-anak saudara juga cucu saudaramu mengembara ke Cameron Highland.

Ku doakan kesejahteraanmu bersama keluarga , menambahkan rezeki , kesihatan sentiasa dilindungi dan mendapat keredhaan Allah sepanjang hayatmu. Amin.


MS :30

Aku tiada pasti apakah cerita sepanjang kepulangan adikku Tipah dengan keluarganya. Moga semua bahagia hendaknya....

Menjelang malam, aku pasti semua kami keletihan..........tidur nyenyak dengan dipelihara Allah serta dibuai mimpi indah KEMBARA CAMERON



WALLAHUALAM


                                                                                                                                                                    HAKCIPTA NUKILAN:
HJH. SABARIAH HJ.SAMSUDIN
TERATAK SRI TANJUNG
26 OKTOBER 2012 (10 ZULHI JAH 1433H )


  .
MS :31


 ********************


“  Dan sesiapa yang mengerjakan
sesuatu perkara yang baik,
Kami tambahi kebaikan baginya
( dengan menggandakan pahala)  kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun ,
lagi  sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya
( akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) ’’
      ( Surah As – Syura : 23 )

&&&&&&&&


“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertakwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa ( maksiat )
dan pencerobohan. ’’
         (Surah  Al – Maidah : 2 )


&& &&&&&&&&