TRAVELOG
(HAKCIPTA NUKILAN)
CIK HJH.
SABARIAH HJ.SAMSUDIN
ISI KANDUNGAN
Sekapur Sireh Seulas Pinang
1. Pohon Restu
2. Kasih Konvoi
3. Anugerah Ilahi
4. Terima Kasih Teruja
5. Ukhwah
6. Ronda-Ronda
7. Gua Musang
8. Abang Chak
9. Shooping
10. Fesyen
11. Karaoke
12. Selamat Tinggal
13. Kulim - Alor Setar
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Bismillahirohmanirrohim
Ya! Allah pimpinkanlah aku
mencapai keikhlasan yang diredhaiMu. Usahaku
ini,hanyalah sekadar hobi suka-suka di dunia persaraanku. Moga-moga Engkau
terima hasilku ini buat kenangan.
Alhamdullillah, dengan izinMu
dapat juga kuselesaikan catatan memoriku ini.
Harapanku. Catatan ini menjadi
momentum ukhwah dan muhasabah bagi diriku dan keluarga.
Terhasilnya penulisan Kembara
Cameron (KC) dengan hati tulus ikhlas berdasarkan kasih sayang terhadap seluruh
ahli keluargaku.
Sesungguhnya, sebagai hamba Allah, paling
indah bila mana menerima anugerah Allah SWT mengeratkan tali siratulrahim.
KC mengisahkan kisah
keluarga, kisah perjalanan bercuti ke Cameron Highland. Mencari erti kasih sayang, siratulrahim , ukhwah
warisan ayah ibu tercinta.
Kupohon maaf kiranya,
terdapat bicara catatan yang tidak disenangi.
Sesungguhnya yang baik itu
daripada Allah,dan segala kelemahan itu dari diriku sendiri.
WASALLAM.
TRAVELOG
KEMBARA KE CAMERON HIGHLAND
(14 Mac hingga 16 Mac 2012)
POHON RESTU
Bertolak dijangkakan
7.00 pagi.Tan dah bangun 4.45 pagi.Aku masih di
katil.dipanggil-panggilnya untuk bangun. Biasa leh...... Aku bangun
seperti rutin harian. Aku berwudhu dan terus menunai solat taubat,hajat &
tahajut. Ku pohon hanya pada Allah . Allah tempat aku bergantung seumurku. Ku
panjatkan doa memohon ampun atas segala kesalahan dosaku yang nyata ,tidak
nyata, dulu , sekarang dan akan datang.
“ Ya! Allah,Engkaulah
Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku,dan akulah
hambaMu. Dan aku pun dalam ketentuan
serta janjiMu sedapat mungkin aku lakukan.Aku mohon berlindung kepadaMu dari
segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmatMu yang Engkau
limpahkan kepadaku, aku mengakui dosaku kerana itu berilah ampunan kepadaku
sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan kecuali hanya Engkau sendiri. Aku
memohon perlindungan dari segala kejahatan apa yang kulakukan.”
Ya. Allah perkenankan
doakan. Aku juga memohon keredhaanNya
kerana kami sekeluarga akan ke Cameron Highland untuk menghubungkan
siratulrahim famili. Moga apa yang dirancangkan mendapat keredhaanMu dan rahmatMu
jua.
Jam bergerak pantas ,menanti famili adikku
tiba .Aku dan abangku menumpang kereta mereka. Terima kasih Ya! Allah , atas
nikmat yang kau berikan pada kami.Mereka belum tiba hingga aku tertidur di
satee .Tika mana matahari mengalah abangku mengingatkan untuk bersolat dhuha.Aku
terus menunaikan tugasku pada Maha Pencipta.
MS : 1
“Ya ! Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu , kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya! Allah, jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar mudahkanlah , jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan,keindahan , kekuatan dan kekuasaanMu , limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Selesai aje, kami
tunggu lagi .... belum juga tiba. Biasa le....... begitulah sesiapa pun dalam
kembara di mana-mana. Tak kisah pasti izin Allah tibalah semuanya.
Jam 9.20 pagi famili
adikku tiba. Kami bertolak dari rumah jam 9.20 pagi. Tapi....................
terpaksa ke kedai kereta kerana tayar Avanza adikku terkena paku. Kami
memeriksa kereta tersebut.Insyaallah segalanya dapat diselesaikan. Alhamdullillah keretanya dapat dibaiki. Kembara kami
diteruskan jam 9.30 pagi.Tiba di Simpang Kuala................ Tipah tertinggal
handset, kembara berpatah balik ke rumahku.
MS :2
*******************
KASIH KONVOI
Perjalanan Alhamdullillah
........................cuaca dizinkan Allah cantik dan nyaman. Syukur Ya! Allah
mendengar pemohonan ku. Kembara berjalan lancar.................. dari Alor Setar
Familiku dari Kulim
telah pun bertolak Adi , Aza dan Kak Chik meluncur Kelisa mereka, akan bertemu
di Bukit Merah dan akan konvoi
meneruskan perjalanan ke Cameron.
Tiba di Bukit Merah ,Kak
Chik dan familinya telah menanti .Kami berhenti sebentar, melonggar otot .Kemudian
kembara disambungkan.Betapa indahnya alam semulajadi Allah
amat nyaman, cuaca
diizinkannya. Lebuhraya berderu dengan kenderaan laju bergerak. Ku mohon pada Ilahi lindungilah kami dan peliharalah
kembara ini serta permudahkan segala urusan atas dasarMu Ya!
Allah
“Dengan nama Allah berjalan dan berhentinya kenderaan ini, sesungguhanya Tuhanku maha Pengampun lagi maha pengasih.”
Di Simpang Pulai kami
akan bertemu pula dengan Abang Chak dan
famili kemudian terus kan perjalanan dengan penuh kesyukuran menikmati
kebesaran penciptaan Allah. Ku mohon
agar kembara ini akan meningkatkan keimanan melihat kebesaranNya.
Mendaki Cameron di ketuai oleh Abang Chak kerana dia pernah bertugas di situ lama. Kami lantik Abang Chak sebagai ‘tourist guide.’ Glamour you dia.........kami semuanya 13 orang. Apa yang menarik yang aku dapat rekodkan . Bekalan makanan untuk kembara amat jenuh untuk perjalanan semua. Alhamdullilah rezeki Allah beri. Kini ..................... kembara dteruskan. Didoakan kami sampai destinasi hingga tempat penginapan.
MS :4
*********************
ANUGERAH ILAHI
Sepanjang perjalanan
kami dapat melihat penduduk orang Asli. Ada
yang berniaga di gerai-gerai . Jualan utamanya kebanyakkannya nisan lebah. Terasa
udara tanah tinggi mulai
sejuk.................Rasanya kedai aircon
sudah pasti tak dak...............he!..he! he!. Sungguh menyegarkan . Ya! Allah
...............kekuasaanMu memberi nikmat ini.
“ Allah tidak mahu
menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),tetapi ia
berkehendakan membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan
nikmatNya kepada kamu,supaya kamu bersyukur.”
(Surah
Al-Maidah:6)
Mengapalah manusia ingkar padaMu .Segalanya Engkau beri tanpa meminta hambaMu membayarnya kecuali patuh dan taat seruanMu dan tinggal laranganMu. Ya! Allah.kenapalah manusia hambaMu masih bodoh tidak mahu berfikir dan mengambil iktibar dari
segala kurniaanMu ini.
Ini baru keadaan
cuaca yang jauh berbeza di tempat kami .............banyak lagi nikmatMu. Ampunkanlah
kami Ya! Allah ,bimbinglah kami agar dijalan yang lurus diredhaiMu Ya! Allah.
MS :5
“kalaulah kamu kufur
ingkar (tidak bersyukur) akan nikmatNya itu,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
Allah tidak berhajatkan
( iman dan kesyukuran ) kamu
( iman dan kesyukuran ) kamu
( untuk kesempurnaNya ) dan Ia tidak redhakan
hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredhainya
menjadi sifat dan amalan kamu.Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan
memikul dosa perbuatan
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) ”
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) ”
(Surah
Az-Zummar :7)
Moga-moga kembara ini
memberi keinsafan dan pengajaran padaku serta seluruh keluarga atas kekuasaan Allah
swt.
“ Demi sesungguhnya !
jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu , dan demi sesungguhnya,
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
( Surah Ibrahim :7)
Kami terus mendaki
naik . Destinasi pertama berhenti di Brincang di pusat strawberi dan kebun ‘Rich Flora’. Kami melawat kebun
strawberi ,sayur-sayuran serta cenderamata yang
MS :6
dijual. Hanya
melihat banyaknya barangan , harga boleh
tahan le...aku tidak gemaq sangat, sebab dah biasa. Cuci mata ajelah kami............ada
masa lagi. Kami nak pi ‘check in’ di rumah penginapan dulu.
Sepanjang jalan
berbengkang bengkok tapi tidaklah seperti melalui jalan Tapah. Rumah-rumah dibina atas bukit, lereng bukit
diteres untuk kegiatan berkebun.
Aduh ............................ itulah tangan-tangan manusia mencederakan , menggugat ekosistem bumi.
“ Dan janganlah
engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.”
(Surah Al-Qasaa :77)
MS :7
*********************
TERIMA KASIH TERUJA
Kenderaan kami terus
mendaki sampai di kawasan antara Brincang dan Tanah Rata .kami menuju ke lokasi rumah penginapan TNB ...........
Semuanya riang gembira melihat banglo besar atas bukit . Indah tersergam . Kanak-kanak
tak sabar ..................maklumlah lama di dalam kereta. Masing-masing turun bawa beg . Adikku Tipah
adalah staf TNB cuba mencari ‘care taker’
di rumah tersebut. Dia mengelilingi
rumah tapi tiada .Tiba-tiba ........... ternampak notis telepon. Dia menghubungi
Pn Rani, Rupa-rupanya ............................bukan,.......bunglo itu .....
salah.....................lokasi. Furst anak-anak kecil. Kembali mengangkut beg
naik kereta. Bagi mententeram suasana hanya kata-kata sabar.....................sabar
. In sya allah sampai
. In sya allah sampai
Kami ke lokasi yang aras tinggi sedikit melalui kawasan
padang golf.Abang Chak rasa seronok nampak padang golf tapi sayang .................................dia
tak bawa ‘golf bag’ ....tidak boleh main. Sekali lagi kami berhenti menanyakan
lokasi.Pn. Rani memberi panduan , lalu terus kami ke destinasi bunglo baru.
MS :8
Wah!............ wau! ................. naik bukit tersergam banglo indah rapi.Ya! Allah betapa syukurnya kami .Alangkah bahagianya jika ini banglo kami sendiri. Aduh.............. aku dah mula terpesung niat.. ...........Astaffirrulallah ................ampunkan aku. Apa yang aku ada sudah tentu nikmat dariMu jua. Ya! Allah syukurku padaMu. Walaupun begitu, menikmati seketika kebahagiaan di banglo ini juga nikmat yang Kau beri pada kami.
Ya! Allah.......................menumpang
sementara atas jasa baik adikku Tipah...............terima kasih. Jazakallah
menumpang nikmat Allah.
“ Tiga perkara yang
boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila
bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta
panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.’’
( Riwayat Al-Tabrani)
MS :9
Banglonya besar lengkap
perabut hingga alatan dapur .3 bilik tidur lengkap bilik mandi, disediakan ‘bath
tab’ lagi , ruang tamu luas dan juga ruang makan serta ruang dapur. Alhamdullillah amat selesa
sekali . Syukur Ya! Allah.
Di luar kawasan lengkap alat permainan kanak-kanak seperti buaian, papan jongkit dan lain lagi. Nyaman bersantai menghirup udara sejuk Cameron .
MS :10
********************
UKHWAH
Ahli keluargaku ceria
dan riang . Masing-masing memunggah semua barangan dibawa. Aku
dapat melihat sikap ,
nilai murni setiap individu ketika itu secara tidak lansung. Sibuk setiap
orang tolong menolong
mengemas barang naik ke rumah. Semoga sikap seperti ini berkekalan hingga akhir
hayat kami semua.Insyaallah.
Fifah
.Syirin dan Aliah sibuk booking bilik masing-masing.Naluri anak-anak begitulah .
Kami tak kisah .........................biarkan.
Aku bersama Aza, Kak Chik, Kak Chak dan
Tipah sibuk di dapur. Mengeluarkan bekalan yang dibawa untuk dimakan . Perut
masing-masing ................ dah menyanyikan pelbagai rentak lagu . Hidangan
disediakan ala kadar tidaklah
protokol. Semuanya
menjamu selera. Rezeki Allah ........................... walaupun ringkas sedap
rasanya. Lebih-lebih
lagi berebut-rebut sekeluarga........................Selesai makan tengah hari.
Kami solat . Satu perkara yang aku notis solat jamak (takdim atau Taqkir )
digemari oleh kanak-kanak .Kemudian ..................
masing-masing berehat.
MS :11
Udara sejuk...... ................selapis
baju tidak mencukupi .
Syirin . Fifah dan
Aliah tak sabar nak main di padang.aku temankan mereka bermain.
RONDA-RONDA
Kemudian ,Abang Chak
, ajak keluar jalan-jalan. Aku malas mengikut. Jadi Kak Chik, Aza, Adi , Kak Chak
dan Irfan ikut keluar. Entah ..............ke mana nak dibawa pergi Waallahualam.Kami
yang lain di rumah . Sejuk..........................malas bergerak.
Din suami Tipah, ajak
keluar ke pasar malam. Lagi pun dia nak mengisi petrol. Tipah telepon Abang Chak
maklumkan kami sekeluarga keluar kerana kunci rumah bersama kami. Rupa
...................... rupanya mereka semua ‘on the way to Gua Musang.’ Bukan apa ............., Abang Chak kami tu!
too excited! nak tunjuk projek dia kerja hingga siap jalan Gua Musang tu . Banggalah
hasil tenaga kerja.Itulah teknologi dan kepandaian manusia anugerah Allah. Menyumbangkan
kemudahan untuk umat sejagat. Pahala sudah pasti dijanjikan
Allah. Ok! lah
tinggalkan kisah mereka.
Sekarang, aku bersama Tipah sekeluarga ,menuju ke bandar ke
kawasan pasar malam. Amboi......... ramainya orang . Sepintas pandang , Cameron
memberi sumber pendapatan dari segi sektor pelancongan. Itu juga rezeki
kurniaan Allah . Bertuah sungguh bumi Malaysia ini. Sesak jalan ..................
parking pun tak dak. Kami hanya lalu saja terus mengisi petrol.
MS :13
Kemudian ronda-ronda
tengok tempat.
Hari pertama 14 Mac 2012 , kami menafaat sebaik mungkin , moga dilandas yang diredhai Allah.Malam itu , kami solat dan membaca yasin di bilik Aza. .
Keadaan
semuanya keletihan....Ada yang dah belayar dibuai mimpi Cameron, tapi masih ada
yang berbual-bual mengisi masa santai malam. Kami berpakat untuk ke Kelantan
esoknya.
Jadi seperti biasa
tugas wanita menyediakan segala bekalan untuk kembara ke Kelantan pula. Kami
sediakan nasi, lauk-lauk yang masih ada serta makanan kering. Selesai aku
bersama lain masuk bilik masing-masing untuk beradu. Entah jam berapa .............masing
melelapkan
mata , aku tidak pasti. Nikmat hikmah Allah
menidurkan kami tanpa sebarang gangguan . Syukur lagi Ya! Allah.
“ Dia menjadikan
untukmu malam ( sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat ,dan Dia
menjadikan siang untuk bangun berusaha.”
( Surah Al- Furqaan ;47)
MS :14
*********************
GUA MUSANG
Hari Kedua 15 Mac
2012. Masa ditetapkan untuk bertolak awal ke Kelantan 7 Pagi. Sudah kebiasaan
jam 4.45 pagi waktu bangun. Tapi dek kesejukan ....................jam 5.00
pagi baru terjaga. Cepat-cepat aku bangunkan , abangku Tan yang lain pun turut
bangun. Masing-masing menunaikan solat-solat sunat sebelum subuh.
Tepat jam 8.20 pagi kami telah siap untuk bertolak , semua kereta
diperiksa rapi , bekalan dan barangan yang perlu dimasukkan ke dalam kereta. Kembara
kali ini kami guna dua Avanza saja . Kelisa Adi
masuk ‘ponch’ cukup dua kereta saja. Sebelum meluncur keluar dari banglo
indah itu , kami bergambar sekeluarga buat kenangan.
Konvoi ke Kelantan melalui Gua Musang, kami berhubung dengan walki talki. Keluar Cameron menuju ke jalan Gua Musang. Udara ................... Subhanaallah , nyama benar, tiupan angin sejuk , pokok pohon mengamit kesejukan mematuhi fitrah Allah SWT.
MS :15
Bunga-bungaan cantik
berwarna warni yang tidak terfikir dengan akal manusia kekuasaan PenciptaNya. Suasana
sekeliling sepanjang arah mendamaikan fikiran dan meransangkan keimanan seseorang
sekiranya berfikir.
“ Dan Dialah Tuhan
yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai padanya.
Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan
malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda –tanda
(kebesaran Allah) bagi kamu yang memikirkan .”
( Surah Ar-Ra’d ; 3)
Pekan Brincang
pagi-pagi dah sibuk menerima tetamu ramai sekali.Aku hanya menghayati panorama
di situ sambil kereta meluncur pergi.
Jalan ke Gua Musang ,Ok ...................elok.............................luas di sepanjang jalan diliputi hutan kadang-kadang bertemu rumah orang asli, Bengkang bengkok di setengah-setengah kawasan biasa di highway Gua Musang itu. Abang Chak akan membuat liputan secara langsung melalui walki talki menerangkan keadaan ketinggian jalan tersebut.Ada tempat , kami akan berhenti dan keluar melihat keadaan jambatan disambung antara bukit dengan bukit, cara dipailing.Aduh .................. gayat rasanya, terlalu tinggi sayup........................sayup pokok-pokok di bawah sana. Hati ni diruntun sayu. Emosi berubah ,mengambarkan kerdilnya manusia dibanding dengan curahan perasaan dikurnia Allah. Terus lagi kembara ini , masa hampir tengah hari, terasa jauhnya perjalanan.
Kami sampai destinasi
pertama di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke.18300, Gua Musang.Kami berhenti dan
bergambar, malahan ada antara kami masuk berbual dengan jaga sekolah tersebut.Di
hadapan sekolah terletak rumah orang asli dengan Pos Chekau.Rumah mereka kemas
dibina, Cuma masalah yang utama dihadapi ialah air............... tiada. Murid
sekolah terpaksa bawa air sendiri setiap hari. Masalah mungkin disebabkan kawasan
pendalaman di Kelantan.
Jauh ............................................memang
jauh sangat.
200 km lagi baru akan
sampai Kota Bharu. Aduh ..................sebab
kami terpaksa balik hari itu juga. Oleh itu semua membuat keputusan
tidak terus ke Kota Bharu cukuplah setakat bandar Gua Musang. Akhirnya lebih
kurang 12.45 tengah hari, Avanza kami
memasuki bandar Gua Musang. Kami ronda-ronda
hingga kaki bukit mungkin bukit Gua Musang. Cuma Musang aje tak nampak
he!.....he!....Masa makan tengah hari dinanti-nanti oleh semua . Kami mencari
kawasan istirehat , ingat ................ macam tempat kita le...............
., ada taman-taman bunga. Tapi tak ada. Jadi keputusan kami ke kawasan masjid Gua
Musang. Rupanya di situ ada tempat rehat untuk musafir. Alhamdullillah.
MS :17
Strategi Kelantan tepat sekali.Mungkin taman-taman akan membawa maksiat kepada penduduknya .Moga Kelantan dilindungi Allah.
Kami berehat sambil
makan tengah hari bekalan yang dibawa. Sekali lagi semangat tolong menolang,
kasih sayang diterjemahkan di sini antara kami. Ya! Allah bahagia rasanya. Sambil
rehat................rehat Irfan cadang kami pi Gua Cha, dia tengok dalam GPF. Selesai
makan dan berkemas kami mulai bergerak
mencari Gua Cha. Pusing-pusing tak jumpa
pun akhirnya menuju jalan balik. Kami buat keputusan pulang. Bandar gua Musang kecil
aje.............. tidak lah terlalu sibuk, tapi ......................Alhamdullillah
dapat sampai dengan selamat.
Kami patah balik
menuju Cameron.................. Kota Bharu jauh lagi .Kalau terus juga kami
terpaksa pulang lewat malam. Jalan gua
Musang tidak ada lampu jalan. Ini yang dikatakan Kita merancang ,Allah
menentukan. Kami redha ketentuanMu Ya! Allah.
MS :18
**********************
ABANG CHAK
Dari situ terus kami
pulang, sekali lagi melalui jalan yang sama kami pergi. ‘Tourist guide’ kami
tidak lupa tugasnya memberi penerangan sepanjang kembara. Kadang-kadang kami
berjenaka dengan pelbagai isu lawak bagi menceriakan pilot-pilot kami ,bukan
apa ....... takut bosan......................malahan teka-teki juga tidak
dilupai.
Dalam perjalanan kami, terpandang tanda kun di
tengah jalan Gua Musang...........Abang Chak memberhentikan Avanzanya..........terus
keluar diikuti dengan team lelaki lain. Sampai di tempat yang tuju, dia
mengambil gambar melalui pelbagai posisi. Kami yang tidak turun tertanya apa
halnya .......????????? Kemudian kami
diperjelaskan bahawa jalan kawasan tersebut mendap teruk .............tak
tahulah apa tindakan Abang Chak.............???????.
Kembara meluncur
kembali di atas jalan. Belum sampai Cameron, ‘tourist guide’ kami bawa ke
kawasan air panas. Kawasannya , hanya
tepi jalan saja, disedianya ‘sign board.’ Tapi .................sayang kawasan
itu tidak dijaga dengan baik. Kami bergambar beramai-ramai kenangan masa depan.
Air panas itu benar-benar panas hingga
berasap. Abang Chak
MS :19
menceritakan mereka
biasa bertemu gajah dan anak harimau di situ.Takut dengan cerita itu aku
cepat-cepat ajak semua bergerak pulang. Malang tak berbau .........Beringat
sebelum kena.
MS :20
*****************
SHOPPING
Kami pun meneruskan
konvoi menuju Cameron . Sebelum tiba di Brincang kami berhenti menadah air
mineral asli di tepi bukit. Airnya jernih sekali. Ramai orang mengambil air tersebut. Lalu, kemudiannya
kami bergerak ke kawasan shopping. Pelancong tempatan dan luar ramai membeli
belah. Penuh kedai di sepanjang jalan dengan manusia..............bersesak-sesak.
Kereta pun bertali arus dengan bergerak perlahan-pelahan. Kami juga mengambil
peluang meneliti barang jualan. Tidak banyak yang kami beli. Cuma untuk
kegunaan sendiri saja.sayur-sayuran, strawberi dan teh pelbagai perasa. Lainnya
hanya cuci mata aje. Barangan tersebut dah biasa dibeli . Bagi aku tiadalah
apa-apa istimewa sangat untuk dibeli. Seperti biasa aku akan membeli payung
kerana itu hobiku. Koleksi payung. Berapa banyak payung di
rumah pun aku tak
pasti ............... terlalu banyak.
Kami juga berhenti minun di satu gerai di Brincang. Penat dan puas shopping, kami pun berangkat pulang ke banglo sementara kami yang tersergam megah itu. ‘Home sweet home,’ boleh rehat dan tidur sebentar.
MS :21
********************
FESYEN
Sebelah petangnya
kami melakukan aktiviti mereka fesyen dari surat khabar. Menarik ... .........juga
rupanya bila orang tua-tua ambil bahagian. Aku bertindak sebagai penganjur.aku
menetapkan dua kumpul. Peserta yang sporting mengambil bahagian Kak Chik , Din
dan Aliah kumpulan A. Fifah, Aza dan Syirin
kumpulan B.
Setiap kumpulan dibekalkan surat khabar dan stepler.Hanya bahan itu saja perlu diguna untuk buat pakaian pada seorang model.Masa diberi.....dan wistle akan ditiup menandakan tamat pertandingan. Itulah antara syarat permainan mereka fesyen.
Peserta masing-masing
excited nak mula. Kami bermain di kawasan luar banglo. Cukup
menghiburkan dengan
udaranya nyaman................. macam berada di luar negara . Sedang peserta
sibuk dengan tugasan mereka ,kami yang lain cecah garam belacan, buah
jambu...............
MS :22
.
Cukup masa , permainan dihentikan. Hasil fesyen menarik juga ..............bagi kedua-dua kumpulan. Tak mau kalah punya ni.............. ?? ?????? Keputusannya , bergantung pada cara persembahan , assessori fesyen dan penerangan.
Kak Chik memberi
penerangan bersungguh-sungguh dengan model Aliah .Kumpulan Aza, Fifah buat
penerangan. Aku bertindak sebagai hakim mencatat markah mengikut kategorinya
dibantu dengan Abang Chak. Akhirnya
,............pemenangnya jatuh pada kumpulan Aza. Aliah frust tak menang
............ . Tapi tak pa malam ni kita
bertanding karaoke pula. Don’t worry la...................................
MS :23
************************
KARAOKE
Malam menjelma tiba
...............lepas solat maghrib , Isya jamak. Kami makan malam bersama-sama. Alhamdulillah
mendapat rezekiNya.
Menyelera betul
masing-masing. Lapaq kot.......................????????
Kemudian , kami
santai di ruang tamu yang luas. Pertandingan karaoke
bermula........................Tiap kami mendendangkan lagu masing-masing. Macam-macam
suara boleh dengar. Berbakat juga
................rupanya. OK lah tak kisah janji semua terhibur. Paling
Kami fokus pada
kanak-kanak. Melihat keberanian mencuba. Tak kalah juga. Bermati-matian
berlawan dengan orang tua. Aliah ,amat
gemar karaoke. Dia bawa lagu “Bunyi Gitar” dengan gaya-gaya sekali. Akhirnya
Aliah lah yang menang Karaoke Johan. Naib Johan Syirin.
Mereka menerima
hadiah daripada Abang Chak. Peserta lain menerima cenderahati sahaja. Selesai
sudah episod malam itu. Semua masuk tidur . Bertemu pagi esok, hari terakhir untuk pulang.
**********************
SELAMAT TINGGAL
Pagi 16 Mac 2012 .
Awal-awal kami bangun , siap untuk senamrobik pula . Jaga kesihatan badan. Instrutornya
Irfan mengikut rentak lagu. Hebat juga .........rupanya. Kemudian diganti
dengan Fifah, yang lain ikut aje le.........................Penat senamrobik . Kami
rehat-rehat.
Kemudian hampir jam
12.00 tengah hari. Mulalah berkemas barang-barang masuk kereta untuk pulang. Semua
kami menjalankan tugas bak kata perpatah “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
..... Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicicah .....Seperti Aur dengan tebing ...... kuku dengan isi ’’ Berapa
banyak perpatah da....... !!!!!!!!!!!!
Tipah, melengkap
borang – soal selidik kemudahan banglo tersebut. ‘Care taker’ TNB seorang India
juga datang buat ‘check up ’ Segalanya OK .
Kini ........tiba
......masa untuk melangkah keluar dari banglo sementara pinjam itu. Syukur ! Ya
! Allah memberikan kami nikmat merasai
tinggal di sebuah banglo tersergam indah itu..
MS : 25
Sebelum kenderaan bergerak turun bukit Kami bergambar ramai-ramai untuk kenangan masa silam.
SELAMAT TINGGAL ........INSYAALLAH
...............JUMPA LAGI DENGAN IZIN MU YA! ALLAH.
Dalam perjalanan pulang kami merancang nak pergi kedai makan mee rebus. Abang Chak kata meenya sedap. Teruja juga kami untuk mencuba . Turun Cameron tak banyak kami berhenti. Kecuali Tipah dan Din berhenti membeli sayur-sayuran , ubi dan sedikit buah-buahan sebagai buah tangan pulang.
Kembara pulang menuruni tanah tinggi . Subhanaallah sekali lagi kita akan terasa kerdil dengan kebesaran Allah. Marilah kita bersyukur setiap kali memandang ciptaNya.
Sedar tak sedar kami
dah hampir di kawasan rata. Dalam
perjalanan kami masih mencari... dan tertanya-tanya di mana Abang Chak nak
berhenti makan mee rebus ni ........?????.............. entah di mana....belum
jumpa .........jumpa.......sabar..................sabar...............................
MS :26
Agak-agak jam 11.00 lebih kami sampai satu kedai makan di tepi jalan turun Cameron. Abang Chak excited bawa masuk , duduk le..................... kami masing-masing.................... aim nak makan mee rebus. Bila nak order, tetapi tak dak......................... habis dah. Aduh! frustnya kami semua. Masing-masing kena makan nasi aje.....................aku tak makan Cuma minum nescafe. Tak pa ..................................itulah dikata rezeki Allah tentukan.
Lepas makan Abang Chak
belanja............................. thank you so much big brother. Kami
berpisah dengan Kak Chak , Abang Chak dan 2 orang cucu saudara. Mereka pulang menuju ke KL, Kami doakan
kembara mereka berjalan lancar dipelihara Allah . Sedang kami terus ke Alor Setar
dan Kulim.
MS :27
**************************
KULIM – ALOR SETAR
Perjalanan menuju
utara Alhamdullilah, cuaca elok sekali.syukur Ya! Allah dengan izinMu
memudahkan kembara kami. Kini tinggal dua buah kereta saja konvoi. Kami
berhubung dengan walki talki. Pada mulanya
kami bercadang berhenti di Ipoh kedai
Pasu dan aku juga ada cita-cita nak beli border dinding di sana. Tapi ......................
Allah tak izinkan kami .................terlepas jalan keluar ke Ipoh. Terpaksalah
terus balik. Namun kami perlu transit di Bukit Merah untuk berpisah dengan Kak Chik
Rokiah.
Kami berhenti di situ menunaikan solat jamak, sambil makan makanan ringan dan berbual-bual , serta kemudiannya bermaafan .
Masing-masing menuju
ke destinasi asal. Insyaallah ..................Alhamdullillah
rasa bahagianya ‘gethering’ ini. Tapi sedih juga terpaksa berpisah. Aku amat
bersyukur Ya! Allah kerana semua kami adik beradik dapat berkumpul. Alangkah
lebih bahagia jika ayah dan ibuku bersama. Ya!.. Allah aku berdoakan agar
hubungan siratulrahim ini berkekalan demi Allah dan juga memperingati semua
anak-anak betapa kasih sayang ayah dan ibu yang telah pergi jauh.
Al Fatihah untuk ibu dan ayah kami.
Al Fatihah untuk ibu dan ayah kami.
SM : 28
Insyaallah................. mereka tentu bahagia di sana , dengan rapatnya siratulrahim anak-anak mereka. Aku benar berharap ....................malah sentiasa berdoa agar tiada putus tali kasih persaudaraan ini hingga akhir hayat kami.
“ Tidak sempurna iman
seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia kasih terhadap
dirinya sendiri.’’
( Riwayat Ahmad At-Tarmizi dan An
Nasa’i)
Ya! Allah terimalah harapan hambaMu yang kerdil ini. Amin.
Kembara
pulang berjalan lancar. Seperti biasa....... Kami berbual-bual sepanjang
perjalanan. Hati kecil ini tidak lupa berzikir memohan keselamatan perjalanan. Aku
tak ingat ........ di mana lokasi sebenar............... tapi agak tak jauh
lagi ke Alor Setar. Tiba................... sebuah kereta BMW putih bernombor
dua angka , sayang.............. kami tak fokus ketika itu meluru ke sebelah
kiri memotong kami dengan cara yang merbahaya sekali .
Kami
amat terkejut............ mujur adik iparku memandu dengan cermat dan
kelajuannya juga sederhana. Kami ...........................terpegun .
Rupa-rupanya BMW itu berada di belakang
sebuah Pajero di sebelah kanan. Avanza kami memasuki kiri memberi peluang Pajero
tersebut memotong. Agaknya kerana dirasanya Pajero tersebut lambat BMW terus
meluru ke kiri , sedangkan Avanza kami memandu masuk lorong kiri. Avanza kami
terpaksa mengelak ..............................Alhamdullillah adik iparku
tidak panik ketika itu. Dengan elakkan
kami, BMW itu ada ruang untuk meluncur pergi ,tapi .............aku amat yakin
pemandu BMW itu pun panik ...............Tapi Allah berkuasa
MS :29
mengelakkan segala kejadian buruk ketika itu . Aku sujud syukur padamu Ya! Allah .
Ketika
itu terdapat kereta lain di hadapan kami.............. Ruang BMW itu meluncur di
kiri agak muat saja. . Kalau............................ tidak lepas BMW itu memotong hanya Allah Maha mengetahui.
Kejadian ini merupa kali ketiga sepanjang kembara kami alami di atas jalan. Subhanallah
.................. kebesaranMu Ya! Allahhuakhbar.
“
Allah mentadbirkan makhlukNya ( bagi
melaksanakan tadbirNya itu.Ia menurutkan
segala sebab dan peraturan ) dari langit ke bumi ; kemudian diangkat
naik; kepada pengetahuanNya ( segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya
itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang
bersalah ) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.”
( Surah As-Sajadah;5)
Kembara
pulang diteruskan.........syukur jam 2.30 petang sampai di rumahku Taman Sri Tanjung
‘Home sweet home.’ Adikku Tipah dan
keluarganya berhenti sebentar menunaikan hajat, menurunkan beg-beg kami. Ya! Alllah
kami selamat pulang ke bumi rumah kami. Kini adikku perlu teruskan kembara ke
destinasi rumahnya ........Taman Jalai Jaya Kepala Batas .
Terima
kasih ..............adikku atas ingatan pelawaan mu untuk bersama kakak-kakak, abang-abang serta anak-anak saudara juga cucu
saudaramu mengembara ke Cameron Highland.
Ku
doakan kesejahteraanmu bersama keluarga , menambahkan rezeki , kesihatan
sentiasa dilindungi dan mendapat keredhaan Allah sepanjang hayatmu. Amin.
MS :30
Aku
tiada pasti apakah cerita sepanjang kepulangan adikku Tipah dengan keluarganya.
Moga semua bahagia hendaknya....
Menjelang
malam, aku pasti semua kami keletihan..........tidur nyenyak dengan dipelihara
Allah serta dibuai mimpi indah KEMBARA CAMERON
WALLAHUALAM
HAKCIPTA NUKILAN:
HJH. SABARIAH HJ.SAMSUDIN
TERATAK SRI TANJUNG
26 OKTOBER 2012 (10 ZULHI JAH 1433H )
.
MS :31
********************
“ Dan sesiapa yang mengerjakan
sesuatu perkara yang baik,
Kami tambahi kebaikan baginya
( dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun ,
lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya
( akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) ’’
( Surah As – Syura : 23 )
&&&&&&&&
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertakwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa ( maksiat )
dan pencerobohan. ’’
(Surah Al – Maidah : 2 )
&& &&&&&&&&
No comments:
Post a Comment