SELAMAT DATANG KE BLOG SABASURIA

Saturday, December 9, 2017

PENAKU

Image result for bismillah in arabic

IKHTIKAF TERAKHIR


Firman Allah Surah As-sajadah (Ayat 11 )


قُلْ يَتَوَفَّىٰكُم مَّلَكُ ٱلْمَوْتِ ٱلَّذِى وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Bermaksud :

“ Katakanlah ,Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu, kemudiannya kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan”

Seruan ini mengambarkan dan menjelaskan setiap saat bermulanya proses detik menuju kematian dan berakhir dengan pengadilan Ilahi di Mahsyar.Setiap saat mendekati kubur.Tiap jiwa akan merasakan mati.

Firman Allah Surah Ali Imran (Ayat 185)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ 

النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Bermaksud:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu .Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung.Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Itulah janji Allah, tetap benar, .Dengan nama makluk pasti bertemu ajalnya.Sebelum sampai masanya perbanyakkanlah ibadat dan amal kebajikan sebagai persediaan diri

Itulah kebenarannya.Dunia tidak lebih daripada senda gurau.,dunia tiada nilainya.Esok belum tentu milik kita. Berada di waktu pagi jangan tunggu waktu petang...begitu perjalanan hidup setiap insan . Insan sepatutnya berwaspada meniti ke jalan lurus diredhai Allah.



1


Firman Allah Surah Al Hadiid (Ayat 20)

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Bermaksud

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani:kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras bagi pendusta dan ampunan dari Allah serta keridhaan- Nya.Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Omar  “ beliau memperingatkan kita cara menjalani kehidupan di dunia.. Kehidupan sebenarnya diakhirat. Manusia cerdik akan bekerja dan beramal untuk masa hadapan yang kekal  iaitu akhirat selepas mati.” Jadilah insan akhirat yang singgah sebentar di dunia.

Nabi s.a.w berpesan “ Jadikan dirimu sebagai pengembara .”
Hakikat pengembara bermula di alam ruh , di alam rahim, dunia ,barzah dan akhirat yang abadi.


2



Di alam ruh lagi , manusia telah berikrar,bersumpah dan berjanji mentaati Allah.Kelahiran di dunia akan diharapkan mempamerkan kemuliaan diri secara istiqkamah sehingga mencapai kebahagiaan yang diredhai.

Sayang, manusia berpenyakit panjang angan-angan.Leka tidak mahu beramal, tidak juga pohon keampunan , gemar mengikut bisikan syiatan dalam kehidupan dunia. Di saat yang dijanjikan akhirnya dijemput Yang Maha Kuasa.

Firman Allah;An Naba (Ayat 39 )

           ذَلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ مَآباً

bermaksud  :

Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa yang mengkehendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.

Dari hadith diriwayatkan daripada Abu Hurairah
           
Dunia akan menjadi saksi atas apa yang dilakukan oleh insan di atasnya.

Dengan rahmatNya kita pohon berlindung . Manusia sebagai pengejar dunia tidak akan rasa kepuasannya. Ulitan dunia mengkabur dan membutakan nikmat dan rahmat Allah iaitu janjikan akhirat lebih baik daripada dunia,ramai mengikut seruan syaitan.

Manusia yang bijaksana ,akan berpandukan kepada ajaran Allah sebagai Nur Islam.Panjang umur dan baik amalan.Orang cerdik, orang yang muhasabah diri.Cerdik ada neracanya tersendiri agar beriman .Lebih cerdik orang beriman lebih baik akhlaknya.Muhasabahkanlah diri setiap hari, kerana pelantar kematian menanti dan dikubur kiblat penentu keadilan Ilahi.

Kubur alam tahanan manusia, suasana gelap yang tidak dapat dibayangkan menyambut insan terpisah rohnya.Kini insan sendirian ,tanpa sahabat handai dan keluarga yang berangkat pulang.Alam barzah memisahkan manusia dengan dunia hinggalah ke masa pengadilan.

Dalam tahanan Allah, manusia berserah semata-mata tiada lagi bantahan.Kesedaran,keinsafan diri membenamkan  penyudah kehidupan.segala ibarat fatamorgana ,hilang tiada berteman. Apa yang pasti ke mahkamah Allah haluan sebenar. Berat tanggungan tanpa kemampuan  bersemadi di alam barzah dengan persoalan dari Mungkar dan Nakir.

Bermulanya seksaan dan pembalasan kubur sebagai satu pengembaraan hakiki .Itulah suasana ‘Kiamat Kecil.’Perjalanan di alam kubur  perhentian pertama akhirat. Suasana ini mengambarkan tanda-tanda awal akan berlakunya kemusnahan yang dijanjikan Allah atau sebaliknya.

Pertanda awal di Padang Masyar telah diberi pertunjuk dalam tahanan kubur Allah lagi . Maha suci Allah yang Maha mengetahui.

Berada dalam tahanan Allah telah ditayangkan ke mana dan bagaimana penghujungnya manusia?

Akan dipamerkan oleh Maha Pencipta,digambarkan lubang-lubang neraka pada yang malang. Lubang-lubang taman-taman syurga menanti bagi mereka yang  bahagia.

3



Seluruh alam semesta ,makhluk ciptanNya dimusnahkan ,tumbuh-tumbuhan tanpa hujan layu, besi berkarat,remaja akan tua, dunia pasti musnah malahan ajal menanti hanya Allah yang kekal.
                                 
Firman Allah : ( Ar Rum ayat 19 )

يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ 

وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
Bermaksud :

Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya . dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur)

Tiba-tiba suasana yang dijanjikan Allah dihadapi oleh semua makluk di dunia. Suasana kiamat menamatkan sistem bumi seperti dikehendakiNya.

Firman Allah ; ( Al Araf Ayat 187) 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا

 إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ 


عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ



bermaksud

“ Mereka menanyakan kepadaku tentang kiamat , “Bilakah terjadinya?”Katakanlah, sesungguhnya pengetahuan kiamat itu adalah pada sisi,Tuhanku tidak seorang pun dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain DIA. 

Kiamat itu amat berat (huru hara) bagi mahkluk yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang padamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah ,

 “ Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah , tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .”



4


Firman Allah : ( Al Infithaar ayat 1 – 5 )


                                         إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ

                       وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ

                                           وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ

                                             وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ

                   عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ

Bermaksud
 Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan,dan apabila lautan dijadikan meluap dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya.
Kini dunia menuju penghujungnya ,hambar dengan kemusnahan yang pasti berlaku.

Firman Allah  Al Rahman  (Ayat 26 – 27)

                  كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

           وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Bermaksud 
      .
Semua yang ada di bumi itu akan binasa.Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.Inilah kebenarannya.

Kemudian manusia dibangkitkan dari kubur. Tiupan sang sangkala berlaku........

Digambarkan rupa bentuk sangkakala seakan tanduk dan luasnya seluas langit dan bumi.Ianya tanduk dari nur.Sedangkan bunyinya mengerunkan ….

Subhanallah ciptanNya.

Pada tiupan kedua kebangkitan manusia bermula,

Kebangkitan bermula dari zaman Nabi Adam a.s hinggalah zaman terakhirnya .Segala makhluk pasrah dibangunkan, keluarnya seperti lebah-lebah berterbangan .
                                                                       
Firman Allah(Yassin ayat 51)

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ

Berrmaksud

“Dan ditiupkanlah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.

Roh-roh kini bertemu kembali dengan jasadnya. 


5


Dijelaskan oleh Allah dalam surah At Takwir (Ayat 1 -7)


إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1)



 وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3)


وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5)



 وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ (6)


وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (7)
  

 Bermaksud

“Apabila matahari digulung,dan apabila bintang-bintang berjatuhan,dan apabila gunung-gunung dihancurkan,dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)

Dan apabila binatang- binatang liar dikumpulkan dan apabila lautan dipanaskan dan apabila ruh-ruh dipertemukan
 ( dengan tubuh)

Lihatlah Maha Agung Allah menjadikan dan merencanakan ….……Apakah kita tidak berfikir ? Manusia merungut menghadapi keadaannya seperti Firman Allah :

Surah Yassin (Ayat 52)

قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ 

 Mereka berkata ;” Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?”
Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-RasulNya

Suasana kiamat, manusia dihalau dan dikumpulkan di bumi yang luas pastinya Padang Mahsyar.


6


Diriwayatkan dari Sahih Muslim :

Dari Sahal bin Saad R.A katanya Rasulullah SAW  bersabda, 

“Kelak di Hari Kiamat umat manusia dikumpulkan di suatu lapangan tanah yang putih mengkilat bagaikan seloka tanpa tanda- tanda pertunjuk .

Firman  Allah : (Al Khafi ayat 47 & 48)


وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الأرْضَ بَارِزَةً وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا (47


وَعُرِضُوا عَلَى رَبِّكَ صَفًّا لَقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّنْ نَجْعَلَ لَكُمْ 


مَوْعِدًا (48

Bermaksud : 


 Dan (Ingatlah) akan hari (yang ketika itu) kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi  itu datar dan kami kumpulkan seluruh manusia,dan tidak kami  tinggalkan seorang pun dari mereka.                                                               

Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya  kamu datang kepada kami, sebagaimana kami menciptakan kamu pada kali yang pertama ; bahkan kamu mengatakan bahawa kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu * (yang dimaksud dengan waktu di sini ialah hari berbangkit yang telah dijanjikan Allah untuk menerima balasan)( memenuhi) perjanjian.

Kelak hari kiamat ,matahari akan berada menghampiri kepala. Kepanasan matahari diluar sangkaan.Matahari tidak beredar lagi, pancarannya tidak tertanggung 

Diriwayatkan dari Sahih Muslim :

Miqdad bin Aswad R.A katanya dia mendengar Rasullullah . SAW bersabda :

” Pada hari Kiamat kelak , matahari didekatkan kepada manusia, sehingga jaraknya pada mereka hanya kira-kira satu mil.Ketika itu manusia berada dalam genangan keringat, terbenam sesuai dengan amal mereka .Di antara mereka ada yang terbenam sampai mata kaki ,ada yang sampai lutut, ada yang sampai pinggang,dan ada pula yang megap-megap,terbenam sampai ke mulutnya,sambil Rasulullah SAW menunjuk ke mulutnya.”

Itulah kebenaran Allah.Lautan manusia tenggelam bermandikan peluh.Manusia berkaki ayam, bertelanjang tidak berpakaian dan tidak berkhatan .sibuk dengan hal masing-masing…. Nafsi…nafsi.


7



Dari Sahih Muslim : ‘Aisyah RA katannya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda , “ Kelak hari Kiamat  manusia akan dikumpulkan tanpa alas kaki (sepatu atau sandal) tanpa busana dan tanpa dikhitan.”

Maka bertanya ‘Aisyah RA   “ Ya! Rasulullah ! Apakah wanita dan pria bercampur baur sehingga  satu sama lain saling ,memandang ?”

Sabda beliau ,

 “ Keadaan ketika itu sangat sulit, sehingga  mereka tidak menghiraukan lagi satu sama lain.”

Dari firman Allah   Surah Al Ambiya ( Ayat  21 )


 أَمِ ٱتَّخَذُوٓا۟ ءَالِهَةً مِّنَ ٱلْأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ                                 
Bermaksud

 “ Seperti kami ciptakan di awal ciptaan, begitulah kami kembalikan dia, itulah janji kami yang pasti kami tepati.”


Segala  tindak tanduk umat ketika itu mengikut keimanan masing-masing.Tiada perlindungan kecuali keimanan dan ketaatan.

Kebangkitan manusia saat getir , berasaskan kebijaksanaan manusia tersendiri. Bercahaya gemilang raut wajah insan beriman menyambut gamitan kurniaan Allah kelak. Sebaliknya kegelapan wajahnya merundung kecelakaan dan malang menanti di penghujung detik  pengadilan.  Hanya pengampunan yang diharapkan

.Allah Huakbar..............

Nabi Allah Ibrahim manusia pertama dikurniakan pakaian di Padang Masyar.tidak terbayang betapa manusia kelam kabut  ,bersesak-sesak, berhimpit-himpit di Mahsyar,  tiada ruang lapang, dalam situasi yang meresahkan Ada berdiri dan berjalan dengan kaki , ada dengan  kepala  malah dengan perut.

Allah Huakbar, Subhanallah

Mahsyar satu perhimpunan menanti perbicaraan di mahkamh Allah (MIZAN) Manusia berada beribu juta tahun  menghadapinya.

Perbicaraan Allah Maha Adil. Isu-isu yang pasti dibicarakan berhubungkait.kes-kes utama/ asas seperti hukum-hukum Allah , kezaliman sesama manusia hak-hak dengan Allah. Dosa syirik manusia ( tidak diampun Allah) Dosa manusia bersama manusia (mengumpat takbur, riak dan lain-lain.)


8

Semuanya dicatat.

Firman Allah : (Surah Al-Khafi Ayat 49 

 وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا 


يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا 


(49) .

“ Dan diletakkanlah kitab ,lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya,dan meraka berkata ‘ aduhai celaka kami ,kitab apakah ini tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatatkan  semuanya ;dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis) Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.”

Pelbagai isu dibentang Allah,atas kerja buat manusia di dunia.Seluruh anggota badan menjadi saksi utama kecuali mulut tiada kata-kata kekesalan.Sebagai insan mulia hendaklah berbaik sangka antara satu sama lain .

Firman Allah : (al Hujurat ayat 10 )

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“  Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. 
…………
Allah mengingatkan jauhilah dari perkara yang merugikan diri sendiri.dingatkan janganlah mengumpat ,jagalah hati dan perasaan orang lain. Mengumpat akan menguris hati dan perasaan sesama insan.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ 

بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ 


تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Bermaksud


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri………

Persoalan ini pun tidak dapat dilepasi oleh manusia.Pasti di Mahsyar kita diperhitungkan. 

Aauzubillah…….Allah Huakhbar. 

Di mana dan bagaimanalah kita ?

Bersamalah mengabdikan diri padaNya .Orang yang paling bijaksana yang beramal untuk hari akhirat .Peganglah pada ikrar manusia padaNya  sejak azali. Sentiasalah bertakwa  dan adil

9


tanpa menzalim diri sendiri. Allah kekasih hati manusia yang maha pengampun dan penyayang.

Dari Abu Hurairah RA katanya Nabi SAW bersabda :

“Takkala menciptakan makhluk,Allah Ta’ala telah menulis dalam buku yang tersimpan di Arasy, Sesungguhnya rahmat(kasih sayang)Ku mendahului murka Ku.’’

Oleh itu bertaubatlah……….Mahkamah Allah adalah benar,syurga ,neraka adalah benar.Janji  dan FirmanNya adalah benar ,Nabi-nabi adalah benar ,Nabi Muhammad SAW adalah  benar dan hari kiamat itu benar .

Awal dan akhirnya hanyalah kewujudan Allah. 

PadaNya kita datang kepadaNya jua tempat kita kembali.

  
Firman Allah: ( Surah Yunus ayat 56)

 الْمُوَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ ۚ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَنْ

نَشَاءُ ۖ وَلَا نُضِيعُ أَجْرَحْسِنِينَ

Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan.






 HAKCIPTA NUKILAN
CIK HJH. SABARIAH HJ. SAMSUDIN
TERATAK SRI TANJONG

 10







































No comments: