AYAHANDA BONDA TERCINTA
16 NOVEMBER 2019
INGATAN & KERINDUAN PADA EMAK DAN BAPA TIDAK PERNAH LUPUT DARI HATI INI.
PUSARA MEREKA TETAP DIZIARAHI.
HARI INI 29 TAHUN AYAHANDA KU TINGGALKAN KAMI. IBUKU SUDAH 39 TAHUN .
ALHAMDULLILLAH ... APA YANG AKU BERHAJAT DAPAT KU LAKSANAKAN. KU JEMPUT SEMUA ADIK BERADIKKU HADIRKAN DIRI DI TERATAK ' TST '
Buat makan makan bersama famili..
Pohon jasa baik abang Nordin mulakan majlis dengan sedekahkan fatihah pada ibu dan bapa . Doa makan disempurnakan oleh adik ipar Jamaluddin.
Syukur ya ! Allah tercapai niat hati ini.
Sujudku untuk MU .
DEKO UNTUK HARI TERSEBUT |
KEHADIRAN SEMUA AMAT AKU HARGAI .
MOGA ALLAH BERKATI SEMUA & DILINDUNGI KAMI.
TERIMA KASIH SAUDARA-SAUDARAKU
TIDAK DIABAIKAN
TERUSKAN MENJAMU SELERA MAKAN TENGAH HARI INI DENGAN MENU DISEDIAKAN .
REZEKI PEMBERIAN ALLAH KITA KONGSI BERSAMA
MOGA IKATAN KASIH SAYANG BERKEKALAN HINGGA JANNAH.
YA ! ALLAH SYUKURKU KERANA MENGURNIAKAN AHLI-AHLI KELUARGA YANG PERIHATIN ANTARA SATU SAMA LAIN, BERTOLAK ANSUR , TOLONG MENOLONG DAN BERKASIH SAYANG UKHWAH SIRATULRAHIM .
PALING PENTING BAGI DIRIKU KERANA MEMBENARKAN AKU MENUMPANG KASIH PADA MEREKA YANG BERKELUARGA SENDIRI..
TIADA MADAH DAPAT DICORETKAN . HANYA ALLAH JUA YANG MENGETAHUI .
SEMOGA ALLAH TERIMA KEBAJIKAN INI UNTUK EMAK & BAPA DARIPADA ANAKANDA SEMUA.
AAMIIN
No comments:
Post a Comment