SELAMAT DATANG KE BLOG SABASURIA

Tuesday, March 25, 2014

KASIH SAYANG & KERINDUAN

TARIKH      : 22 MAC 2014
BERSAMA : 20 JAMADILAWAL 1435

PERJALANAN BERSAMA ABANGKU DARI ALOR SETAR MENUJU DESTINASI KE KULIM..MENUNAIKAN HAJAT JEMPUTAN KENDURI KAKAK KU PN. ROKIAH .

CUACA ALHAMDULLILLAH ,DENGAN IZINNYA PERJALANAN LANCAR . SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ALAM KEBESARAN ALLAH.KAMI MELALUI JALAN PADANG SERAI TIDAK HIGHWAY.
SUASANA SEPANJANG POKOK KELAPA SAWIT. LAMA SUNGGUH TAK TENGOK POKOK KELAPA SAWIT NI....
 KAMI TIBA DI KAWASAN KULIM HIGHTECK - ZON INDUSTRI. MELALUI KOLEJ POLITEKNIK KULIM MENUJU KE ARAH RUMAH KAKAK KU.

SUBHANALLAH.......PEMBANGUNAN PESAT DI DAERAH INI.BETAPA NIKMATNYA ALLAH KURNIAKAN PADA HAMBANYA.SEMOGA SEBAGAI HAMBANYA

 MARILAH BERSAMA-SAMA KITA PANJATKAN KESYUKURAN PADA ALLAH. TANPA  BELAS KASIH SAYANG , RAHMATNYA AKU PASTI SEGALA NIKMAT INI TAK AKAN KITA KECAPI.

ALLAH MAHA PENGASIH & PENYAYANG.

KEMBALILAH PADA ALLAH.
MASA KITA SINGKAT WALAUPUN UMUR MU BARU SETAHUN JANGUNG MAHU PUN VETERAN KATAKAN.

JANGAN LUPA KEMATIAN PASTI DATANG MENJEMPUT ENTAH BILA ????. PENGAJARAN & PERINGATAN MISTERI MH370 PERLU DIAMBIL IKTIBAR PADA KITA SEMUA. KEMATIAN PASTI TIBA.

DENGAN KASIH SAYANG ,SAYANGI AHLI KELUARGA KITA SETIAP SAAT.& KETIKA. SEBAB KITA TAK TAHU APA YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH . AJAKLAH DIRI KITA KEMBALI MENTAATI ALLAH.


DENGAN KASIH SAYANG KURNIAAN ALLAH ITULAH  ,DIIZINKAN NYA DAPAT KAMI MENGHADIRKAN DIRI DI MAJLIS KENDURI INI.

KENDURI KESYUKURAN & TAHLIL UNTUK ARWAH-ARWAH YANG TELAH KEMBALI MENEMUI ALLAH. KHASNYA AYAHANDA & BONDA KAMI .

DENGAN KERINDUAN PUTERA PUTERINYA YANG TAK BERTEPI PADA AYAH BONDA.MASA AYAH & BONDA TERLALU SINGKAT BERSAMA ANAK-ANAKNYA .
SEGALA NIKMAT YANG KAMI KECAPI SEKARANG TAK DAPAT DIRASAI BERSAMA. . NAMUN KAMI REDHA YA! ALLAH .
 
DIADAKAN KENDURI TERSEBUT ,MENGHADIAHKAN AYAT-AYAT SUCI MU YA! ALLAH DARIPADA KASIH DAN KERINDUAN KAMI .TAK DAPAT KAMI UNGKAPKAN.

SEMOGA DILETAKKAN ROH-ROH MEREKA BERSAMA-SAMA ORANG SOLEH, MENGAMPUN SEGALA DOSA MEREKA , RAHMATILAH MEREKA YA! ALLAH .

ZURIAT MU AYAH & BONDA, INSYA ALLAH SENTIASA MENGIRIMKAN DOA BERSAMA KERJA-KERJA KEBAJIKAN ,PAHALA TERSEBUT DISEDEKAHKAN PADA AYAH & BONDA.





ALHAMDULLILLAH,  KAMI BERJEMAAH BERSAMA-SAMA SERTA MENIKMATI MAKAN BERSAMA.

AGAR PERKARA INI AKAN SENTIASA KAMI ALAMI ATAS KASIH SAYANG KELUARGA  WALAUPUN ATAS KEKANGAN MASA & MASALAH MASING-MASING . KEKAL HINGGA KE SYURGAMU YA!  ALLAH. INSYA ALLAH. AMIN



DENGAN LAFAS BISMILLAHIROHMANIROHIM.

MAJLIS TAHLIL DIMULAKAN.TERIMA KASIH  PADA SEMUA JEMPUTAN DAN IMAM YANG MEMIMPIN TAHLIL PAGI TERSEBUT.

BETAPA SEDIH DAN SAYU , DIBACA AYAT-AYAT SUCI MU YA! ALLAH.

MEMAHAMI AYAT SURAH YASSIN ,MEMBERI KITA PERINGATAN ,KEINSAFAN KEMBALI PADANYA.

BERSEDIALAH, CARILAH SEBANYAK PAHALA SEBAGAI MODAL KE AKHIRAT KERANA KEMATIAN PASTI.... AKAN DIBANGKITKAN UNTUK  BERADA DI MAHKAMAH ALLAH UNTUK DIADILI SEADIL-ADILNYA.

FIRMAN ALLAH ; SURAH YASSIN : AYAT 11

BERMAKSUD " SESUNGGUHNYA ENGKAU HANYA MEMBERI PERINGATAN  KEPADA ORANG-ORANG YANG MAU MENGIKUTI PERINGATAN DAN YANG TAKUT KEPADA TUHAN YANG MAHA PENGASIH WALAUPUN MEREKA TIDAK MELIHATNYA. MAKA BERILAH MEREKA KHABAR GEMBIRA DENGAN AMPUNAN DAN PAHALA YANG MULIA

AYAT 12 : BERMAKSUD

SUNGGUH , KAMILAH YANG MENGHIDUPKAN ORANG-ORANG MATI , DAN KAMILAH YANG MENCATAT APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN DAN BEKAS-BEKAS YANG MEREKA  (TINGGALKAN).DAN SEGALA SESUATU KAMI KUMPULKAN DALAM KITAB YANG JELAS (LAUH MAHFUZ)

INSYA ALLAH, SEBAGAI HAMBA  TERUSKANLAH MENCARI ILMU UNTUK MENAMBAH AMALAN SETIAP MASA.

DULU  BERSAMA AYAH & BONDA KINI KITA BERSENDIRIAN ,HANYA KENANGAN DAN KERINDUAN SEBAGAI TEMAN HATI.


PADA TETAMU DAN AHLI KELUARGA JAZAKUMULLAHUKHAIRAN KERANA TURUT HADIR MAJLIS DI RUMAH KAKAK KU INI.



UCAPAN TERIMA KASIH PADA TUAN RUMAH ATAS DAYA USAHA MENGADAKAN MAJLIS KESYUKURAN & TAHLIL INI.
PERSEDIAAN BUAH TANGAN SERTA MENU-MENU YANG DISEDIAKAN;MENGEMBIRAKAN PARA TETAMU.


SEMOGA ALLAH  MENGURNIAKAN REZEKI BERLIMPAT GANDA, TAMBAH AMAL & IBADAT SERTA KESIHATAN YANG BAIK DENGAN HARAPAN TERUS BERKEBAJIKAN.

RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD :

" WAHAI SEKALIAN MANUSIA , JADIKANLAH TAKWA SEBAGAI PERNIAGAAN , NESCAYA REZEKI AKAN DATANG KEPADA KAMU TANPA MODAL DAN NIAGA."

(RIWAYAT DRP MU'AZ BIN JABAL )


JIRAN-JIRAN YANG MEMBANTU .
PENUTUP MAJLIS DENGAN DOA DAN SELOWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW 

" SELOWAT ALLAH DAN SALAMNYA KEPADA JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW DAN KE ATAS KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI KESEMUANYA. SEGALA PUJI UNTUK ALLAH TUHAN PEMERINTAH SELURUH ALAM INI ."


SABDA RASULULLAH SAW :

SESIAPA YANG BERSELAWAT KEPADAKU SEKALI , ALLAH BERSELAWAT ( MEMBERI RAHMAT ) KEPADANYA SEPULUH KALI DAN MENGHAPUSKAN SEPULUH KESALAHANNYA.

(RIWAYAT IMAM AHMAD )


DUA BERANAK  PN. SUZANA  & NURUL ADRIANA





FOTO-FOTO KENANGAN BERSAMA SAUDARA MARA & TETAMU JEMPUTAN



BERKENAL-KENALAN SERTA BERBICARA MESRA DEMI SIRALTULRAHIM

SABDA RASULULLAH SAW ;
" TIADA BERKASIH-KASIHAN DUA ORANG DI DALAM AGAMA KERANA ALLAH TAALA MELAINKAN ADALAH YANG TERLEBIH KASIH DARIPADA KEDUANYA ITU KEPADA ALLAH TAALA IAITU ORANG YANG TERLEBIH KASIH BAGI SAHABATNYA ITU ."

MENGISI MAKANAN RINGAN
SANTAI -SANTAI
PERSEDIAAN AWAL


SAMBIL BERSANTAI SEMASA MAJLIS   SAUDARA MARA KU. KAKAK SULUNG, ABANG2 , ADIK SERTA KAKAK & ABANG IPAR  
NABI SAW BERSABDA:
BAHAWASANYA ALLAH TAALA BERFIRMAN PADA HARI KIAMAT NANTI : MANA ORANG YANG BERKASIH-KASIHAN KERANA AKU ? PADA HARI INI AKU NAUNGI AKAN MEREKA ITU DI DALAM NAUNGANKU , PADA HARI YANG TIADA ADA NAUNGAN MELAINKAN NAUNGAN KU "


AMIN

No comments: