01 RABIULAKHIR 1435
AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS, CARIK-CARIK BULU AYAM LAMA-LAMA BERCANTUM SEMULA., TIDAK MASUK SYURGA SELAGI TIDAK MENGASIHI SAUDARAMU SEPERTI MANA ENGKAU MENGASIHI DIRIMU SENDIRI ...........
ADUH....................BANYAK LAGI PERPATAH BIDALAN ORANG TUA-TUA DAHULU. BENAR DAN INDAH SERTA HALUS BERBAHASA MENGAMBARKAN KEKUATAN PERSAUDARAAN YANG WAJIB TERJALIN KUKUH HINGGA MEMBAWA BERTEMU DI SYURGA FIRDAUS ALLAH.
MOGA ALLAH MEMBERI KEREDHAAN-NYA PADA FAMILI KAMI.
INSYA ALLAH .......ALLAH MENGETAHUI SEGALA NIAT SANUBARI MASING-MASING.
EVENT HARI INI,CUKUP MENARIK DIKATAKAN " HARI INI DALAM SEJARAH " SEBAB PERTAMA KALI KAMI SEKELUARGA MENGIKUTI MAJLIS AKAD NIKAH ANAK SAUDARA KAMI NOOR AMIR NORDIN. ANAKANDA ABANG (NORDIN) AKU .ITULAH PERANCANGAN ALLAH, TIADA SIAPA YANG MENGETAHUI.
KAMI MENGIKUTI MAJLIS TERSEBUT DI MASJID AQLA JITRA SELEPAS ZOHOR. AKU BERSAMA KAKAK DAN ABANG ( TAN) AGAK LEWAT SAMPAI DISEBABKAN MENGHADIRI KENDURI KAHWIN RAKAN. TAPI ALHAMDULLILLAH , MAJLIS BELUM BERMULA.
SETIBA KAMI, TERUS MENUNAI SOLAT , KEMUDIAN BARU KAMI IKUTI MAJLIS TERSEBUT.
PARA TETAMU KEDUA BELAH PIHAK , MASING-MASING ASYIK MEMBERI PERHATIAN. HARI TERSEBUT RUPA-RUPANYA ADA DUA CALON PENGANTIN.
TIDAK BERAPA LAMA MENANTI, MAJLIS DIMULAKAN.
SYUKUR DENGAN SEKALI LAFAZ
NOOR AMIR NORDIN SAH BERGELAR SUAMI.
TAHNIAH AMIR.DARI SEMUA AHLI KELUARGA.
SEBAGAI KENANGAN KAMI MERAKAMKAN FOTO-FOTO SEPANJANG MAJIS TERSEBUT.
MENJAMU SELERA RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN.
TERIMA KASIH ATAS JAMUAN
DISEDIAKAN.
KAMI DISAMBUT MESRA DARI PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN. JAMUAN TELAH SEDIA TERHIDANG..........MENANTI TETAMU MENJAMAH SAHAJA.
ALHAMDULLILLAH. REZEKI ALLAH TENTUKAN . BERSYUKURLAH HENDAKNYA SEMUA TETAMU.
BERMULA DENGAN BISMILLAHIROHMANIRROHIM DAN DISUDAHI DENGAN ALHAMDULLILLAH.
MENJAMU SELERA SAMBIL BERBUAL-BUAL MENGENALI ANTARA SATU FAMILI DENGAN FAMILI BARU.
KEMUDIAN KAMI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI DIJADIKAN KENANGAN
" HARI INI DALAM SEJARAH "
MENGAKHIRI CATATAN INI AKU MENGUCAPKAN
TAHNIAH PADA AMIR DAN PIQAH DIIRINGI DOA.
No comments:
Post a Comment