SELAMAT DATANG KE BLOG SABASURIA

Monday, January 27, 2014

ISTIQAMAH

26 JANUARI 2014
24 RABIULAWAL 1435

PAGI YANG BAROKAH AKU PANJATKAN DOA MEMOHON  PETUNJUK AGAR SENTIASA BERADA DI LANDASAN LURUS SEBAGAI HAMBA-MU .

YA! ALLAH.HAMBAMU YANG LEMAH INI  SENTIASA MENCARI KETENANGAN DARI-MU JUA. INSYA ALLAH

BERMULANYA 2014, INI ADALAH CATATAT PERTAMAKU , DALAM BLOGKU INI.
MENGHADIRI KULIAH-KULIAH AGAMA BAGI MEMENUHI MASA BERSARAKU , AMAT TERUJA BAGIKU.AGAR IANYA BERTERUSAN HINGGA AKHIR NYAWAKU.

BANYAK MAKLUMAT ,ILMU ,PANDANGAN DAPATKU PELAJARI DARI PENCERAMAH, USTAZ-USTAZ MALAH TEMAN-TEMAN YANG BERILMU.

JADI PAGI INI AKU MENDAPAT ILMU AMAT PENTING DAN BERGUNA UNTUK AKU BERKONGSI DALAM BLOG KESAYANGANKU INI.SEMUA MAKLUMAT PENTING BAGIKU UNTUK MEMBINA, MEMBENTUK JATI DIRI SEORANG HAMBA ALLAH.


INTIPATI DARI TOPIK ISTIQAMAH PAGI INI .SUBHANAALLAH

ISTIQAMAH  BERMAKSUD MENINGKATKAN DARJAT .
DALAM BERIBADAT DAN AQIDAH  
AMAT PENTING SESEORANG ITU BERISTIQAMAH.

NABI SAW BERSABDA BERMAKSUD " UCAPAKANLAH , AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HENDAKLAH KAMU BERISTIQAMAH DENGANNYA. ''

DARI SURAH FUSSILAT  AYAT 6
FIRMAN ALLAH SWT.


BERMAKSUD - KATAKANLAH ( MUHAMMAD)  "  AKU INI HANYALAH SEORANG MANUSIA BIASA SEPERTI KAMU, YANG DIWAHYUKAN KEPADAKU BAHAWA TUHAN KAMU ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA, KERANA ITU TETAPLAH KAMU (BERIBADAH) KEPADA-NYA DAN MOHONLAH AMPUNAN KEPADA-NYA. DAN CELAKALAH BAGI ORANG-ORANG YANG MEMPERSEKUTUKAN -(NYA)"

MAKA PERLULAH KITA BERISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN SEBAGAI HAMBA -NYA DENGAN HARAPAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DALAM ISLAM.

FIRMAN ALLAH SWT - SURAH FUSSILAT AYAT 30

SESUNGGUHNYA ORANG- ORANG YANG BERKATA, " TUHAN KAMI ADALAH ALLAH " KEMUDIAN MEREKA MENEGUHKAN PENDIRIAN MEREKA , MAKA MALAIKAT-MALAIKAT  AKAN TURUN KEPADA MEREKA ( DENGAN BERKATA)" JANGANLAH KAMU MERASA TAKUT DAN JANGANLAH KAMU BERSEDIH HATI ; DAN BERGEMBIRALAH KAMU DENGAN ( MEMPEROLEH) SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADAMU .''

ISTIQAMAH DIBAHAGI KEPADA 2 :-

ISTIQAMAH DENGAN HATI
ISTIQAMAH DENGAN LISAN

ISTIQAMAH HATI / QALBU

AKU INGIN SAMPAIKAN INTIPATI BERHUBUNG PERKARA INI.
ISTIQAMAH BERMULA DI  HATI .IANYA PERLU DIAMALKAN.
ISTIQAMAH HATI DENGAN MENGENAL ALLAH.
 
PENTING MENGENAL ALLAH DENGAN CARA :-

1. TAKUT DENGAN ALLAH
2. MEMULIAKAN ALLAH
3. CINTA KEPADA ALLAH  DENGAN CINTA KEPADA RASUL SAW.
    RASUL SAW SEBAGAI IKUTAN.
4. BERDOA DAN BERHARAP DARI ALLAH
5. BERTAWAKAL PADA ALLAH
6. JANGAN BERPALING DARI SELAIN  - NYA (ALLAH) KERANA '' MAKLUK TIDAK  
     MEMBERI BEKAS " ALLAH SEGALA-GALANYA.


MOGA INTIPATI INI DAPAT MEMBIMBING DIRIKU SENDIRI ,DALAM LIKU-LIKU  PERJALANAN MENEMUI-MU.

 YA! ALLAH. KU BERDOA SENTIASA MOGA DIAMPUNKAN ALLAH ATAS SEGALA DOSA-DOSAKU SEBAGAI HAMBA YANG SENTIASA BERSALAH PADA -MU

AKU BERDOA DAN BERHARAP AKAN RAHMAT DAN KEREDHAAN -MU 

AMIN


No comments: