SELAMAT DATANG KE BLOG SABASURIA

Saturday, September 17, 2011

LUAHAN RASA BERSARA

28 JULAI 2011. KHAMIS
 TARIKH KERAMAT PAGI YG NYAMAN MELAGUKAN MASA ,HARI DAN KETIKA  BERAKHIRNYA SATU PERKHIDMATAN BAGI DIRIKU SEBAGAI GURU SELAMA 32 TAHUN.WAKTU DAN KETIKA YG DINANTI OLEH SEMUA PEGAWAI KERAJAAN IAITU BERSARA .... PENCEN.....ITULAH HAKIKATNYA.
SEKILAS PANDANG DI PAGI SYAHDU DI SKL,SUASANA AGAK MERIAH,RIMBUN BULUH DI PAGAR BERDESING SAYU DIPUKUL ANGIN
NAMUN ... APA YG KU RENUNG IALAH ..........................UNTUK APA AKU DI SINI? SEPATUTNYA , AKU  RASA MALU BERADA DI SUASANA YG DIRANCANGKAN BEGITU RAPI.AKU TAK PINTA SEMUA ITU. TERIMA KASIH SEMUA WARGA SKL. MEMANG BERAT HATI INI.NAMUN ......SEMUANYA HARUS KU JALANI.
BERAKHIRNYA PERKHIDMATAN DI SEKOLAH BUKAN PENYUDAHNYA.BEKERJA SEBAGAI PERJUANGAN,PENGORBANAN JALAN JIHAD BERIBADAH MENCARI KEREDHAAN REZEKI ALLAH SELAGI BERDAYA.

ALHAMDULLILLAH ..MULIA DAN MURNI KETENTUAN ILLAHI AKU BERGERAK PERGI. SELAMAT TINGGAL ,DOAKAN BERTEMU KEMBALI ,MELAYANGKAN BERITA PENGHUBUNG JALINAN KASIH DI ANGIN LALU.

PADA TIKA ITU
SENARIONYA TENANG
KEMANISAN UKHWAH BERSERI
DI SANA SUDAH ADA MENUNGGU
GANJARAN SEINDAH SYURGA DIJANJI
LEMAHNYA AKU
MENYINGKAP NASTOGIA MU
TERPAPAR TINGGALAN SEJARAH
ANDAINYA AKU BERBICARA PERI
HANYA PENGHORMATAN,PENGHARGAAN.PENGAMPUNAN,
KEMAAFAN KU BERI
BERSAMA MANIS DAN PAHIT DIHARUNGI .

No comments: